TIADA LAGI MASALAH KULIT PADA KANAK-KANAK

Jelita - - Snippet Fesyen -

Ibu bapa tidak perlu risau lagi! Marks & Spencer bekerjasam­a dengan DreamSkin untuk melancarka­n pakaian tidur dan seluar dalam untuk kanak-kanak dan remaja berumur sehingga 16 tahun. Keadaan kulit yang terancam di kalangan kanak-kanak sangat biasa dan menyebabka­n kanakkanak kurang tidur, menggaru kawasan yang terjejas serta mendapat jangkitan. DreamSkin menggunaka­n teknologi polimer inovatif yang terbukti secara perubatan untuk melegakan dan melindungi kulit, mengurangk­an suhu kulit, membantu mengurangk­an geseran dan bertindak sebagai penghalang pada detergen yang boleh menyebabka­n iritasi. Di samping kemasan kain, M&S juga menganggap jahitan setiap pakaian adalah dari benang lembut dan jahitan rata untuk mengelakka­n kerengsaan daripada berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.