Cegah AMR

Jelita - - Info Sihat -

Jika pesakit mengalami jangkitan bakteria, dia hendaklah melengkapk­an pengambila­n antibiotik yang diberikan doktor untuk mencegah kemunculan bakteria berdaya tahan dan rawatan jangkitan sebahagian.

“Penggunaan antibiotik mesti dikawal secara keseluruha­n. Pakar perubatan, ahli farmasi dan orang ramai mesti mengelakka­n penggunaan cuai ubat berharga ini. Antibiotik mesti diberikan hanya untuk jangkitan bakteria dan dalam dos sewajarnya dan untuk tempoh masa yang betul.

“Pesakit sepatutnya kekal dengan hanya satu doktor sehingga masalah jangkitan diselesaik­an dan tidak bertukar doktor. Ambil tahu dengan bertanya doktor apakah preskripsi yang diberikan dan mengapa. Menurut undang-undang, nama antibiotik (atau sebarang ubat preskripsi) mesti ditulis dengan jelas pada pek preskripsi bersama dos dan tempohnya,” rumusnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.