Kerabu Sare

Jelita - - Sajian -

SAIZ HIDANGAN: 4 TEMPOH PENYEDIAAN: 30 MINIT

BAHAN-BAHAN:

• Rumpai laut (sare), direndam,

dibersihka­n dan dijemur

• 1 kelapa, diperah menjadi

santan pekat

• 5 bawang merah

• 3 ulas bawang putih

• 8 cili kering

• 3 serai

• 1 inci halia

• 2 asam keping

• Sedikit budu

• Daun limau purut

• Garam dan gula, secukup

rasa

CARA MEMBUATNYA:

1 Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering, serai, halia dan asam keping.

2 Kemudian masukkan ke dalam santan dan masak dengan api perlahan.

3 Kacau sekali sekala sehingga kuah tumis menjadi pekat.

BAHAN SAMBAL KELAPA:

• 1 kelapa, disangai garing dan

ditumbuk lumat

• 6 ikan Selayang, Sardin atau

Kembung, dibakar

• 6 bawang merah

• 15 biji lada hitam

• 4 serai

• Garam dan gula, secukup

rasa

• Gula Melaka

CARA MEMBUATNYA:

1 Asingkan isi ikan dan sangai. Sangai juga kelapa parut.

2 Tumbuk lumat isi ikan, kelapa parut, bawang, serai, lada hitam dan gula Melaka.

3 Kemudian tabur semua bahan yang telah ditumbuk tadi ke atas sare.

4 Hidangkan bersama kuah tumis yang telah siap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.