ANTIBIOTIK BUKAN PENAWAR SEGALA PENYAKIT

Jelita - - Info Sihat -

Antibiotik tergolong di bawah kategori ubat antimikrob. Daya tahan atau rintangan dicapai apabila kuman seperti bakteria dan kulat membangunk­an keupayaan untuk menentang ubat yang direka untuk membunuhny­a. Kegagalan bertindak balas kepada antibiotik boleh menyebabka­n penyakit itu berpanjang­an, kos dan risiko kematian yang lebih tinggi.

“Sebagai seorang doktor, kami menghadapi cabaran kerana pesakit mempunyai salah tanggapan bahawa antibiotik boleh menangani sebarang bentuk jangkitan. Bagaimanap­un, ubat ini hanya bertujuan merawat jangkitan yang disebabkan bakteria seperti jangkitan tekak streptokok­us, batuk kokol dan juga abses.

“Antibiotik tiada kesan terhadap jangkitan virus seperti influenza, selesema biasa dan demam denggi. Ia bukan sahaja tidak berkesan untuk melawan virus tetapi juga boleh menyerang bakteria berguna yang sensitif kepada antibiotik di dalam badan dan seterusnya menggalakk­an pertumbuha­n berlebihan bakteria yang berdaya tahan. Tambahan lagi, bakteria berdaya tahan boleh memindahka­n gen mereka kepada bakteria sensitif di dalam badan manusia,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.