Mi Rebus Ketam

Jelita - - Sajian -

SAIZ HIDANGAN: 2 TEMPOH PENYEDIAAN: 40 MINIT

BAHAN KUAH:

• 100g bawang merah kecil • 6 ulas bawang putih

• 10g halia

• 50g cili kering

• 5g udang kering • 5g kunyit hidup • Ubi keledek

• 1 ketam

BAHAN LAIN:

• Mi kuning

• Sawi, direbus

• Tauge, direbus

• Limau kasturi

• Telur rebus

• Cili hijau, dihiris halus • Tauhu goreng, dihiris halus

• Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA:

1 Rebuskan ubi keledek sehingga masak, kemudian kisar.

2 Kisar pula bawang merah, bawang putih, halia, cili kering dan udang kering.

3 Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.

4 Kemudian masukkan air dan ubi keledek yang telah dikisar tadi, diikuti dengan ketam.

5 Biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan kuah dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.

6 Hidangkan bersama mi dan bahan selebihnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.