Sup Bidai Lembu

Jelita - - Sajian -

SAIZ HIDANGAN: 4 TEMPOH PENYEDIAAN: 40 MINIT

BAHAN-BAHAN:

• 1kg tulang rusuk • 4 ubi kentang • 3 sudu besar rempah sup • 2 sudu besar rempah kurma • 1 sup bunjut • 2 tangkai daun sup • Sedikit bawang goreng • Garam • Bahan perasa • Minyak

BAHAN KISAR:

• 10 bawang merah • 5 ulas bawang putih • 1cm halia • ½ sudu kecil jintan manis • 1 sudu kecil jintan putih • 2 sudu kecil ketumbar • 4 buah pelaga • 1cm kulit kayu manis • 4 bunga lawang • 2 bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA:

1 Rebus tulang rusuk hingga empuk, kemudian masukkan ubi kentang. 2 Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, rempah sup dan rempah kurma hingga naik bau. 3 Kemudian tuangkan ke dalam air rebusan tulang. 4 Masukkan garam dan bahan perasa secukupnya. 5 Akhir sekali, masukkan daun sup dan bawang goreng. 6 Sedia untuk dihidang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.