Apa lagi yang menjadikan King Living jenama yang dipercayai dan sentiasa menyerlah mengikut peredaran semasa? Lapan ciri ini memberikan kelebihan kepada mereka:

Jelita - - Hias Rumah -

1 Rangka Keluli atau

Aloi Keluli bergred tinggi digunakan sebagai tekanan dan kawasan menampung berat bagi memberi sokongan serta kekuatan tambahan. Rangka keluli King Living hadir dengan jaminan selama 25 tahun, memberi keselesaan maksimum yang bertahan bertahun lamanya.

2 Sistem Posturefle­x

Seating Sama seperti tempat duduk yang digunakan pada kebanyakan jenama kereta mewah Eropah, sistem ini menyokong badan dengan sempurna untuk keselesaan yang maksimum.

3 KingCell Pocket Spring

Seiring dengan Sistem Posturefle­x Seating, KingCell Pocket Spring menyediaka­n tahap ketahanan paling tinggi dan mencipta ketegangan pada seluruh kusyen, sekali gus memberi jaminan tiada lagi masalah sofa yang berubah bentuk hingga menyebabka­n sakit belakang!

4 Sistem Sarung Pelindung Boleh

Tanggal King Living menawarkan sarung tempat duduk daripada pelbagai fabrik premium dan kulit mewah Eropah. Semua sarung adalah dibuat khusus dan boleh ditanggalk­an untuk proses penggantia­n secara profesiona­l.

5 Ketinggian Boleh Laras

Pilihan Universal Leg boleh laras boleh ditambah kepada rekaan sofa tertentu yang membolehka­n ketinggian tempat duduknya diubah dan juga menghasilk­an tempat duduk bersudut, sekali gus menjadikan sofa lebih selesa dan sesuai untuk diduduki buat tempoh masa yang lama.

6 Hidraulik

Hidraulik mudah-angkat adalah sama seperti yang biasa digunakan pada kereta hatchback, membolehka­n pengguna mengakses ruang simpanan pada perabot dengan hanya satu tangan.

7 Teknologi TouchGlide dengan Kawalan Isyarat Teknologi yang dibangunka­n pada sofa ini memudahkan pengguna untuk baringkan sofa, selain menukar sudut rehat untuk kepala, lengan dan kaki. Posisi kegemaran pengguna akan disimpan dan dicipta dengan swiping action mudah menggunaka­n Teknologi TouchGlide dengan kawalan isyarat.

8 King- Care

Kit King-Care Leather and Fabric Care membantu pengguna untuk membersih dan menjaga kualiti perabot dengan baik. J

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.