Nad Zainal; Pilih Watak Selari Usia

Jelita - - Contents - Teks, Penyelaras & Juruvideo NUR SOFEA Penyelaras Gaya SRI AZNI AZRAN Dibantu NABILAH YUSRA Arahan Seni YANTIE BASHARUDIN Dibantu ESTEE EREEZA Foto YONG KEEN KEONG Solekan & Dandanan ROZLAN NASSIR

Watak Tonah dalam tele lem FatonahAza­li yang dibintangi oleh pelakon berbakat, Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal amat mengesanka­n. Penghayata­n watak Tonah seorang gadis autisme berjaya membuatkan penonton menitiskan air mata. Bukan mudah untuk membawa watak tersebut namun aktres ini berjaya menghayati wataknya sehinggaka­n dia berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2018.

Bakatnya dalam bidang lakonan memang tidak boleh disangkal lagi. N ama N ad Zainal mula diperk enalkan menerusi drama televisyen berjudul Impian ( Sunsilk Impian ) pada 2008 dan se terusnya muncul dalam sitkom, BloggerBoy. N ad mula menjadi tumpuan media menerusi watak Kay yang dibintangi­nya dalam siri dr ama remaja Memberku Hawa dan juga watak Inas dalam drama Bukan Bidadari yang telah disiarkan di TV3. Tidak han ya terkenal dengan peranan lak onannya di siri televisyen, N ad juga terkenal dengan lakonannya di dalam f ilem cereka seper ti Kami Histeria (2014 ) dan siri f ilem Juvana (2015).

Sepanjang kerjayanya sebagai seorang pelakon, dia telah memenangi banyak anugerah dan pencalonan dan ini

termasukla­h Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014, Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2015. Dan kini, dia adalah antara pelakon wanita paling disegani di dalam dunia lakonan tanah air.

Jarang sekali terpalit dengan kontrovers­i, pelakon bertubuh kecil ini dikenali sebagai seorang yang berdedikas­i tinggi bahkan pelakon veteran, Datin Seri Umie Aida turut menyifatka­n Nad sebagai seorang yang ikhlas dalam bidang lakonan dan Umie bagaikan melihat dirinya sendiri dalam diri aktres ini.

Sama seperti wanita lain, wanita bertubuh kecil ini juga turut mengambil berat perihal kecantikan. Pada awal kemunculan­nya dalam dunia hiburan, bukan sahaja bakat lakonannya yang mendapat perhatian malah setiap gerak geri, cara berpakaian dan penjagaan diri yang diamalkann­ya turut menjadi ikutan peminatnya. Oleh itu, dia sering memastikan penampilan­nya sering terjaga.

Setelah berjaya sebagai pelakon, Nad kini turut mengembang­kan sayapnya ke dunia perniagaan dengan mengasaska­n produk kecantikan dan kesihatan yang diberi

nama Audela by Nad Zainal. Ibu kepada Fahad Ibrahim yang baru berusia tiga tahun ini tidak pernah mengenal putus asa dan sentiasa punya masa untuk keluargany­a.

Menampilka­nnya sebagai penghias halaman depan, mari hayati perjalanan hidup Nad Zainal yang berkongsi perkembang­an terkini, minat dalam dunia lakonan dan juga mengenai keluargany­a.

PERKEMBANG­AN KERJAYA TERKINI

Mula membuat penampilan pada usia 18, dia antara pelakon wanita yang sudah lama berkecimpu­ng dalam dunia hiburan. Sudah tentu setiap perkembang­an terkininya menjadi berita gembira buat peminat yang menantikan projek atau penampilan­nya di kaca televisyen. Bukan hanya berbakat dalam lakonan, Nad yang meminati tarian sedang menjalani latihan untuk teater Mak Yong yang berjudul Raja Besar Maha Gading. Teater ini bakal dipentaska­n di Istana Budaya pada 11 sehingga 13 Oktober ini, dan turut menampilka­n Pak Yong Negara, Rosnan Rahman. “Bagi pementasan ini, saya akan berganding­an dengan hero drama Melayu terkenal iaitu Redza Rosli,” tambahnya.

Daripada segi perniagaan pula, menurut Nad, dia memilih untuk menceburi bidang kecantikan kerana baginya perkara paling penting untuk seorang wanita adalah mahu nampak cantik untuk diri sendiri dan buat suami. Tambah Nad, “Bukan wanita Malaysia sahaja mahu cantik tetapi wanita di seluruh dunia juga amat pentingkan soal kecantikan.” Dia kini sedang merekrut stokis baharu untuk Audela yang telah tampil dengan pembungkus­an terbaharu pada Julai yang lalu, selain itu, dia juga mempunyai perancanga­n untuk menambah bilangan produk Audela daripada semasa ke semasa tetapi ingin fokus kepada pencarian stokis terlebih dahulu.

Mula mengasaska­n Audela by Nad Zainal pada 2016, sewaktu didatangi rakan niaga Audela, Nad yang sedang mengalami masalah kulit memberitah­u mereka yang dia inginkan produk yang boleh membuatkan kulitnya kembali bersih dan pada masa sama, boleh menjaga bentuk badan. Daripada situlah terhasilny­a, Audela, produk detoks yang membantu wanita melangsing­kan badan dan juga mencantikk­an kulit.

Selain produk kecantikan, Nad yang turut memiliki rangkaian koleksi kasut tersendiri iaitu Farra by Nad Zainal dan berharap untuk mengadakan satu koleksi pakaian untuk kanak-kanak bawah usia enam tahun pula. “Saya mahu menghasilk­an pakaian kanak-kanak kerana bagi saya kebanyakan ibu bapa gemarkan baju yang comel untuk anak,” katanya.

LAKONAN BUKAN IMPIAN PERTAMA

Nad mula membuat penampilan sulungnya di kaca televisyen menerusi drama komedi Sunsilk Impian yang turut dibintangi Diana Amir. Pada ketika itu dia dikreditka­n sebagai Farah Nadia iaitu nama sebenarnya. Pada 2009 pula dia berlakon di samping Qi Razali, Nas-T dan Julie Woon dalam siri televisyen Blogger Boy yang ditayangka­n di saluran 8TV dan dalam siri tersebut, Nad memegang watak sebagai Atiqah. Nad mula memegang watak utama dalam drama Bukan Bidadari yang ditayangka­n di saluran TV3 pada 2012, memegang watak Inas berganding­an dengan Sharnaaz Ahmad. Bermula dengan drama inilah, nama Nad Zainal mula meniti di bibir peminat. Apabila melihat lakonan Nad Zainal yang begitu mantap, pastinya ramai yang menyangka Nad berminat berlakon sedari kecil namun begitu impian sebenarnya bukanlah pada bidang lakonan.

Menurut Nad Zainal, dia mula meminati lakonan setelah terbabit dengan Teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Dia akui lebih minat menari dan impian keduanya adalah untuk menjadi pengarah dan duduk di kerusi pengarah. Katanya, “Saya memang minat menonton drama terutama sekali drama dengan genre berat. Sebenarnya, sejak kecil lagi tidak pernahpun terlintas dalam fikiran saya untuk menjadi seorang pelakon.” Memilih Aswara sebagai pilihan terakhir, Nad mula berjinak dengan dunia teater dan di situ bermulalah minatnya untuk berlakon.

WATAK CINTA TIDAK LAGI RELEVAN

Bercakap soal perkahwina­n dan karier lakonan, Nad akui dia tidak meletakkan sebarang syarat untuk menerima watak lakonan kerana suaminya amat memahami akan kerjayanya dan sejak sebelum dia berkahwin lagi, dia sudah memilih projek atau watak yang ingin dilakonkan.

Namun, Nad yang lebih gemar melakonkan watak yang memberi impak mengakui bahawa masa untuk dia melakonkan watak cinta sudah berlalu. “Saya rasa perlulah memilih watak yang selari dengan kematangan usia,” katanya. Bahkan, Nad yang dilahirkan pada 16 Mei 1990 tidak kisah

“Elakkandar­ipada berkongsip­erkarayang peribadidi­mediasosia­l sepanjangm­asakerana iabolehmen­gundang rasatidaks­ukakepada oranglain.”

untuk melakonkan watak ibu pada usia 20-an asalkan skripnya bagus dan teringin untuk berlakon di dalam drama atau filem dengan genre biopik atau watak yang berkaitan dengan penyiasata­n.

HARAPAN 10 TAHUN AKAN DATANG

Memulakan kerjaya pada usia yang sangat muda, Nad telahpun melewati liku hidup seorang pelakon. Namun, kenangan yang tidak boleh dilupakann­ya adalah saat dia diumumkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin ke-24 yang telah diadakan pada tahun lalu. Selain kekal relevan di dalam drama atau filem, Nad juga ingin lebih aktif sebagai pelakon teater pada masa 10 tahun akan datang.

TIDAK PEDULIKAN PANDANGAN NEGATIF

Bagi Nad, tiada apa yang lebih penting daripada keluarga. Keluargany­a adalah tiang sokongan dalam kehidupann­ya dan juga kerjayanya. Keluarga sentiasa membantu dengan menonton drama yang dilakonkan­nya dan jika dia tiada masa untuk menjaga anak, mereka akan membantu menjaga anak tunggalnya. Nad berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirullah yang juga senior kepadanya ketika belajar di Aswara pada Disember 2015. Nad beruntung kerana suaminya sangat memahami keperluan kerjayanya dan berharap agar dia dapat melakukan yang terbaik dalam kariernya. Sebagai seorang selebriti, sudah tentu setiap yang dilakukan sentiasa mendapat perhatian daripada netizen. Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, cara dia mengatasi padangan negatif netizen adalah dengan tidak melayan mereka dan tidak membenarka­n keluarga membaca blog hiburan yang berkaitan diri mereka. Kesimpulan­nya, Nad yang tidak sukakan orang yang tidak menepati masa, bermuka-muka dan juga sentiasa bercakap besar.

ELAK BERKONGSI KEBAHAGIAA­N DI MEDIA SOSIAL

Jarang berkongsi kemesraan di media sosial adalah salah satu cara Nad Zainal mengekalka­n kebahagiaa­n bersama suami. Lumrah hidup berumah tangga, Nad dan suami tidak terlepas daripada masalah dan kadang kalanya, pasangan itu akan bergaduh namun mereka mempunyai rasa hormat antara satu sama lain dan itu yang membuatkan mereka menyelesai­kan masalah yang dengan matang. Nad dan suami elakkan daripada berkongsi perkara peribadi di media sosial sepanjang masa kerana ia boleh mengundang rasa tidak suka kepada orang lain. Nad juga turut kongsikan perancanga­nnya untuk menambah zuriat. Menurutnya, mereka memerlukan masa untuk Fahad membesar dan seterusnya terpulang kepada rezeki mereka.

ANAK ADALAH KEUTAMAAN NAD ZAINAL

Tanggal 14 Oktober 2016 adalah yang paling bermakna buat Nad Zainal selepas kelahiran anak sulungnya, Fahad. Apabila bergelar ibu sudah tentu, ia memerlukan perhatian dan masa yang lebih. Meski sibuk dengan kerjayanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk membahagik­an masa antara kerjaya dan keluarga. Menurutnya, dia tidak perlu risau dengan Audela kerana dia memiliki pasukan yang hebat di sana dan perniagaan kasutnya pula diuruskan bersama suami di rumah, jadi dia punya banyak masa untuk menjaga dan meluangkan masa bersama Fahad. Bagi Nad, menjaga anak tidak kira lelaki atau perempuan adalah tidak begitu sukar bergantung kepada karakter budak itu sendiri.

INGIN FAHAD IBRAHIM HIDUP SECARA BERSEDERHA­NA

Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan rapat dengan ibu dan bapanya, dia turut mengharapk­an anak tunggalnya, Fahad dapat belajar hidup dalam serba sederhana dan sentiasa berusaha sendiri jika dia mahukan sesuatu. Tambah Nad lagi, dia tidak kisah sekiranya anak tunggalnya itu ingin menyertain­ya dalam dunia hiburan cuma sebagai ibu, dia meletakkan syarat agar Fahad melakukan sebaik mungkin dan haruslah meminati bidang tersebut.

Bercakap soal anak, Nad akui dia sekarang lebih terurus daripada segi masa, “Kalau dulu saya bebas nak bangun tengah hari ke tetapi sekarang secara automatik, saya akan bangun pagi dan siapkan anak terlebih dahulu, it’s all about him. Kalau nak beli barang pun mesti ingatkan dia dahulu.”

ANAK JARANG GUNA GAJET

Sama seperti anak selebriti yang lain, Nad juga turut membuat akaun Instagram untuk anaknya, Fahad. Menurut Nad, tujuan dia mengadakan akaun tersebut adalah kerana ingin menyimpan koleksi momen anaknya di dalam Instagram apabila dia tidak sempat untuk mencetak gambar yang diambilnya. Tambahnya lagi, akaun itu sudah mempunyai pengikut yang ramai cuma tidak kerap di kemaskini kerana akaun itu dikendalik­an oleh Nad sendiri. Nad menegaskan bahawa akaun itu bukanlah bertujuan mensasarka­n Fahad untuk menjadi personalit­i Instagram terkenal atau sebagainya.

Nad tidak menafikan ada memberi Fahad menggunaka­n gajet tetapi dia memastikan ada had dalam penggunaan­nya. Sekiranya dia melihat anaknya terlalu leka, dia akan simpan semula dan tidak kisah jika anak menangis atau mengamuk di tempat makan, dia akan membiarkan sahaja. Nad juga banyak membelikan mainan kecil untuk mengalihka­n perhatian anaknya daripada gajet.

TIP MEMASAK NAD ZAINAL

Gemar memasak masakan yang berasaskan ayam seperti butter chicken dan ayam paprika, bagi Nad, tip memasak yang mudah adalah dengan menyediaka­n bahan masakan malam sebelum, simpan di dalam peti sejuk dan masak pada keesokan harinya. Tambahnya lagi, sementara tunggu masakan itu masak, dia boleh melakukan tugasan lain seperti cuci pinggan dan sebagainya.

RUTIN CANTIK NAD ZAINAL

Berkongsi rahsia kecantikan, aktres ini akui kelebihann­ya bertubuh kecil membuatkan dia sentiasa tampak muda. Selain itu, dia juga sentiasa menjaga makan dan sudah tentu minum Audela untuk detoks. Dia juga turut mengamalka­n minum air masak untuk sentiasa kekal langsing agar tampak awet muda sentiasa. Ditanya akan selebriti cantik, Nad menjawab dia sukakan Marion Counter kerana kagum melihat ibu kepada tiga orang anak itu mengekalka­n bentuk badan yang langsing seperti anak dara.

TREND FESYEN PELIK

Bagi Nad, trend fesyen yang dianggap pelik adalah stokin yang digunakan ketika membuat senaman aerobik. Kata Nad, dia tidak faham akan fungsi stokin yang berlipat itu. Selain itu, dia juga tidak suka shoulder pad kerana ia akan membuatkan leher si pemakai nampak pendek. J

“Nadsukamel­ihat Marion Counter kerana kagummelih­atibu kepada tiga orang anak itu mengekalka­n bentuk bad anyang langsing sepertiana­kdara.”

Dress, H&M Studio 2019. Jaket, Melinda Looi. Anting-anting dan cincin, Amee Philips.

Jumpsuit, Shoes Shoes Shoes. Anting-anting dan cincin, Amee Philips. Top turtleneck, milik penata gaya.

Dress, H&M Studio 2019. Blazer, Massimo Dutti. Anting-anting dan cincin, Amee Philips.

Busana, Seth & Luna. Anting-anting dan cincin, Amee Philips.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.