KECANTIKAN Untuk Bibir Suai Padan Rona

Kanvas solekan tidak lengkap tanpa olesan gincu. Ia boleh menambah seri dan menyerlahk­an riasan wajah.

Jelita - - Contents -

1 LEMBAPKAN BIBIR

Sebelum mulakan olesan lipstik, sapukan pelembap dan salap bibir bagi mengelakka­n bibir menjadi kering dan bertekstur kasar.

4 SAPU DAN RATAKAN

Kemudian, ratakan dengan berus bibir untuk sapuan yang lebih halus, menyeluruh dan kemas.

5 MANIS DAN NATURAL

Akhir sekali, kemaskan pada bahagian tepi dan sekitar bibir jika ada kesan lipstik yang comot.

2 LINGKARAN ATAS

Pilih satu rona lipstik yang anda mahu, kemudian oleskan pada lingkaran luar di atas dan bawah bibir.

3 KOMBO DUA RONA

Seterusnya, oles warna yang sedikit terang dan penuhkan pada bahagian kosong di tengah bibir tadi.

Pemilihan rona gincu yang sesuai sama penting dengan riasan lain kerana anda mahu ianya tampak serasi, harmoni dan seimbang. Bukan itu sahaja, personalit­i seseorang juga boleh diketahui melalui pemilihan warna gincu. Merah cili lazimnya digambarka­n sebagai seorang yang berani dan seksi, manakala merah jambu lambang santun manis sang gadis.

Untuk isu ini, Fatihin Faizur, jurusolek Velvet Vanity Cosmetics, berkongsi teknik yang anda boleh cuba jika inginkan riasan bibir kelihatan menarik, dan tidak klise. Dalam erti kata lain, berani untuk eksperimen dengan suai dan padan warna lipstik berbeza untuk menghasilk­an rona bibir yang mekar dan cantik.

Menurut Fatihin, antara tip yang harus diketahui ialah gabungan kombo rona lipstik yang mahu disuai dan padankan nanti.

“Pilih rona yang sedikit cerah untuk dioleskan pada bahagian tengah bibir. Ini adalah untuk menyerlahk­an lagi bentuk bibir agar terlihat lebih terbentuk, kontur dan memberi ilusi bibir yang penuh. Elakkan menggunaka­n dua rona lipstik yang sama gelap kerana ia boleh membuatkan riasan wajah terlihat lebih gelap dan tidak naik seri. Seeloknya pilih satu rona yang gelap dan satu rona yang cerah,” katanya.

Menurutnya lagi, penting juga untuk sentiasa lembapkan bibir, barulah terlihat bibir sihat dan kekal terhidrat.

“Sebaiknya sapukan dulu pelembap bibir sebelum mengoleska­n lipstik dan sesekali rajinkan diri untuk skrub bibir bagi membuang sel kulit mati dan kulit yang kasar,” ujarnya.

Selepas

Sebelum

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.