JELITA UJI Tangan Anda Belai & Rawat

Berikan perhatian padanya kerana ia anggota badan paling ‘sibuk’ dalam melancarka­n rutin harian kita. Sewajarnya­lah ia dirawat dan dibelai sempurna.

Jelita - - Contents -

2. THE BODY SHOP STRAWBERRY HAND CREAM 30ML, RM23

Sebelum bersalaman, cuba sapukan losyen tangan ini. Aroma strawberi yang manis membangkit­kan suasana. Kulit tangan juga wangi, lembut dan licin.

1. L’OCCITANE SHEA INTENSIVE HAND BALM, RM140

Dirumus daripada shea butter yang terkenal sebagai agen pelembap, salap tangan ini lembut dan halus pada tangan anda. Rumusan shea butter ini juga sesuai untuk menghalusk­an permukaan kulit yang kasar.

3. FRESH HONEYSUCKL­E HANDCREAM, RM60

Hadir dengan tekstur yang halus dan ringan, ia menyerap dengan pantas untuk kulit yang lebih lembap, terjaga dan halus.

4. BURT’S BEES ALMOND MILK BEESWAX HAND CRÈME, RM73

Rumusan minyak badam dan Vitamin E kombo sempurna untuk meningkatk­an hidrasi pada sepasang tangan yang kusam dan kurang bersih.

5. SEPHORA COLLECTION ALOE VERA HAND MASK, RM19

Rawat dan belai sepasang tangan anda dengan lebih esktra menggunaka­n sarung tangan ini. Pakai dan biarkan selama 15 minit, dan urut perlahan lebihan cecair pelembap pada tangan. Tangan lebih licin dan terpelihar­a.

6. NEAL’S YARD REMEDIES ORGANIC DEFENCE HAND SPRAY 50ML, RM46

Adakalanya tangan rasa melekit dan kotor dek kerana menyentuh pelbagai benda. Nyah bakteria dan kuman dengan semburan tangan yang organik ini agar tangan sentiasa bersih dan dilindungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.