PESONA SOLEKAN Adiwarna Nasionalis­me Kemilau

Ekspresika­n semangat #KamiWanita­Malaysia menerusi empat rona gemilang bendera kebanggaan diterjemah ke dalam kanvas solekan.

Jelita - - Contents - Teks & Penyelaras SHAMIRA YAZID Arahan Seni YANTIE BASHARUDIN & ESTEE EREEZA Foto ARIFAH HADIRAH Solekan HARITHA SHAN DIBANTU APPLE MENGGUNAKA­N WYCON COSMETICS Dandanan MAY FUNG DARIPADA MY MAKE UP ACADEMY Aksesori REDS REVENGE Model VALENTINA DARIPADA AN

KELOPAK MATA EMAS

Sesuatu yang segar dengan percikan rona kuning dan jingga melatari kelopak mata. Kemasan kilat padanya terlihat lebih mewah. Alis mata dilakar kemas, sempurnaka­n riasan mata yang anggun menawan.

SAMARAN LIRIKAN MEMUKAU

Cipta kelainan mengalit kemas lingkaran mata dengan penggaris mata berona putih gading. Efek mata kucing buatkan riasan mata lebih galak dan hidup. Sudahkan dengan gincu berona merah jambu samar.

MIMPI MERAH SAGA

Layangan highlighte­r pada pelipis pipi dan dagu buatkan kanvas solekan terlihat jernih dan bercahaya. Titik tumpu hanya pada bibir, dengan calitan gincu berona merah ‘menjerit’.

BIRU MATA BERKABUT

Solekan mata berkabut, sentiasa malar segar. Tampil lebih berani dengan paduan rona biru kilat. Layangkan pada kelopak mata dan juga pada bingkai bawah lingkaran mata. Maniskan buah pipi dengan pupukan manja pemerah pipi rona koral.

Benefit Brow Blender, RM105

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.