CANTIK BAWAH RM100

Tampil cantik luar & dalam dengan menggunaka­n produk yang tidak melebihi ratusan ringgit pembeliann­ya.

Jelita - - Contents -

Follow Me Nature’s Path Acne Care + Moisturisi­ng Facial Cleanser, RM17.50

Jika wajah anda berjerawat boleh cuba pembersih wajah ini. Mengandung­i ekstrak minyak teh hijau dan limau gedang, ia berfungsi untuk menyingkir­kan minyak berlebihan dan melegakan kulit wajah yang sedang merengsa.

Agnesia Hygience Care Powder, RM6.80

Mampu untuk membunuh kuman sehingga 99 peratus, bedak ini sesuai untuk melega dan menghalusk­an tekstur kulit yang rengsa dan kemerah-merahan. Kini ia hadir dengan dua aroma yang lembut iaitu rose dan lavender.

The Face Shop Dr Packer Hydrating Energy Shot Mask, RM21

Topeng wajah ini mempunyai rumusan aktif yang berupaya untuk menyalurka­n lembapan sehingga ke dalam kulit. Tip! Sapu dan ratakan pada wajah lebihan cecair pada topeng wajah tadi agar ia tidak membazir.

Maybelline Master Flush Stick, RM42.90

Memberi efek rona merah jambu natural. Oles pada pemerah pipi, dan ratakan dengan span di hadapannya.

Kayman Beauty Rosa Glow Treatment Essence, RM89

Esen wajah dengan rumusan alpha arbutin yang berfungsi mengurangk­an bintik pigmentaas­i untuk kulit yang kekal muda dan cerah berseri.

Etude House Prism In Eyes, RM50.50

Hiasi kelopak mata dengan pembayang mata bertekstur kilat untuk kemasan mewah dan anggun. Berpigmen dan mudah melekat dengan hanya sekali olesan.

Avon Always Eau De Parfum, RM87

Menampilka­n gubahan berseri bungabunga­an Mawar dan Neroli dan dihiasi aprikot untuk memberi haruman yang hangat dan segar mewangi.

JAGA DAERAH INTIM ANDA Lactacyd Feminine Hygiene All Feminine Hygiene, RM10

Membersih sambil melindungi miss V anda. Mengandung­i kandungan PH 24/7, tidak mempunyai bau, natural dan rasa segar sepanjang hari.

Eversoft Micellar Water Organic Grapefruit Oil Control, RM25.90

Dirumus khas untuk mengurangk­an minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Liang pori juga semakin kecil!

Silky Care Feminine Hygiene Wash Gentle, RM8.50

Hadir dengan formulasi chamomile dan asid laktik, ia membersih dengan lembut dan juga memberikan rasa nyaman. Tiada lagi rasa gatal dan tidak selesa.

By Eggs Tiramisu Deep Cleansing Clay Mask, RM69

Pupur wajah jenama lokal ini dirumus dengan bahan aktif seperti serbuk kopi dan walnut untuk menyingkir­kan kotoran dan bintik hitam pada wajah.

Hada Labo 3-in-1 Micellar Cleansing Water, RM65.90

Rumusan Teknologi Pembersih Micellar ini cepat larut untuk menghilang­kan sisa solekan degil, minyak dan kotoran pada wajah. Manakala rumusan asid hyaluronik pula mengunci molekul air ke dalam sel kulit untuk penghidrat­an berpanjang­an.

Sumber Ayu Kayu Rapet Manjakani Whitening , RM11.30

Mengandung­i ekstrak manjakani, ia bagus untuk kebersihan dalaman wanita dan juga mencerahka­n kawasan gelap pada sekitar paha anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.