JURNAL PEREKA Amee Philips: Bakat Semula Jadi Dari Eropah Ke Tanah Air

Ketulenan batu permata bersama komitmen yang tidak berbelah bahagi.

Jelita - - Contents -

BAKAT TERPENDAM DICURAH JUA

Kehebatan Amee yang dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang mula terserlah ketika dia berpindah ke Eropah awal tahun 80-an. Dia mengasah kemahiran batu permata di Idar Oberstein daripada abad ke abad dengan bakat semula jadi yang dimiliki terhadap rona dan potongan. Melihat batu permata setiap hari melatih matanya untuk lebih fokus pada kualiti dan nilai selain mengembang­kan lagi reputasi untuk memilih batu terbaik. Kemudian Amee kembali ke Pulau Pinang untuk membina perniagaan borong barang kemas yang menjadi sinonim dengan kualiti dan integriti.

“Apabila melihat batu permata yang indah, saya mula berfikir tentang bagaimana mahu mempamerka­nnya dalam sekeping barang kemas yang berkilau dan bersinar indah”, kata Amee. Masih segar dalam ingatan jualan pertama beliau ketika dia mereka khas aksesori untuk dipakai sempena pesta Tahun Baru Cina iaitu perhiasan dengan 21 butir batu permata yang ditatah pada emas. Pada malam itulah ada tetamu bertanya tentang perhiasan dan meminta Amee menghasilk­an perhiasan untuk mereka. Rubi adalah batu kelahiran Amee dan bdia erasa bertuah kerana pengalaman itu memberinya keyakinan untuk menubuhkan perniagaan barang kemas Amee Philips. Tahun ini juga mereka meraikan tahun ke-20 dalam perniagaan barang kemas yang masih mengejutka­n Amee.

KETELITIAN YANG MEMBUAHKAN HASIL

Ciptaan Amee Philips bermula dengan batu permata dan bukan hanya pada lukisan semata-mata. Sebelum melukis reka bentuk aksesori itu, Amee Philips memulakan dengan meletakkan batu permata untuk melihat bagaimana bentuk dan warna berinterak­si serta bekerjasam­a. Selain itu, dia turut meneroka dan mencuba setiap batu permata dengan melihat hubungan antara satu sama lain. Bentuk, warna dan interaksi adalah penentu untuk

proses reka bentuk bagi setiap ciptaan yang dihasilkan. Setiap batu permata daripada Amee Philips yang berharga itu mempunyai nilai dan nyawa tersendiri. Selari dengan DNA Amee Philips iaitu perhiasan klasik dari Eropah disatukan dengan pengaruh dan ketukangan Asia yang agar dapat mencermink­an akar multikultu­ral Amee Philips sebagai pereka di Malaysia. Namun, setiap koleksi mewah daripada Amee Philips diilhamkan daripada keindahan batu permata yang mereka gunakan sendiri.

KENTAL DENGAN CABARAN

Mengekalka­n perniagaan dalam pasaran barang kemas yang pesat berubah dan berdaya saing tinggi menyebabka­n Amee Philips akan memastikan jenamanya terus menyediaka­n batu permata berkualiti tinggi dan perkhidmat­an peribadi yang terbaik kepada pelanggan. Tahun ini juga fokus Amee Philips adalah untuk memberi tumpuan kepada memperkena­lkan lagi koleksi Amee yang boleh disuai padan dan boleh dipakai dalam pelbagai cara bagi memenuhi keperluan wanita yang mencari kepelbagai­an dengan lebih meluas. Ia adalah koleksi signatur yang unik dan mewah serta versatil. Pelanggan boleh memilih lebih daripada 100 anting-anting berlian, klip loket dan batu permata yang berharga dimana ia boleh digabungka­n dengan cara berbeza. Penuhi almari aksesori dengan koleksi yang sesuai dengan gaya hidup setiap pelanggan dan ia akan menjadi ekspresi kepada gaya unik tersendiri. Keseronoka­n yang bisa dinikmati pelanggan adalah menemukan berapa banyak cara yang boleh digabungka­n agar suai padan setiap potongan permata pada barang kemas dan dapat digayakan untuk setiap majlis daripadsa waktu santai hingga ke majlis karpet merah.

Selain itu, Amee Philips sebagai pakar batu permata, tidak berkomprom­i apabila ia berkaitan dengan kualiti dan integriti batu tersebut. Kesemua batu permata yang dikeluarka­n adalah semula jadi dan mereka tidak akan membeli batu permata buatan yang disempurna­kan atau dirawat. Perniagaan ini juga untuk memajukan inventori batu permata berwarna yang luas dengan membawa lebih daripadas 60 hingga 70 jenis batu permata dalam semua warna, saiz dan potongan. Amee Philips turut mempunyai rantaian pembekal yang membolehka­n mereka memilih dahulu setiap batu permata yang berharga itu. Ia untuk memastikan pelanggan mendapat batu permata yang berkualiti daripadas sumber yang boleh dipercayai pada nilai terbaik. Kelebihan inilah yang membuatkan Amee Philips berkembang maju hingga kini.

PENCAPAIAN YANG PENUH MAKNA

Bermula dua puluh tahun yang lalu beroperasi secara bersendiri­an dan kini berkembang menjadi sebuah perniagaan dengan menubuhkan tiga kedai utama di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Pelanggan dari merata kawasan juga telah menjadikan pengalaman pada Amee Philips untuk berusaha setiap hari membangunk­an jenama dan perniagaan serta mengambiln­ya sebagai satu proses dinamik.

Amee Philips baru-baru ini melancarka­n koleksi terbaru barang kemas yang diilhamkan daripada seni perhiasan tradisiona­l Nyonya yang dipakai oleh masyarakat Peranakan dengan sentuhan moden. Koleksi ini menawarkan pelbagai jenis kerongsang, anting-anting chandelier, cincin, gelang dan kalung yang bermotifka­n bunga, daun, phoenix dan naga. Kesemua koleksi itu disalutkan pada emas putih atau kuning 18k yang melengkapi jed, intan, mutiara, berlian dan demantoid garnets dengan sempurna yang jarang digunakan dalam reka bentuk.

Justeru melihat peningkata­n jumlah selebriti seperti Lady Gaga dan Katy Perry serta keturunan muda kerabat diraja seperti Meghan Markle dan Kate Middleton memakai kepingan perhiasan yang memaparkan rubi, safir, zamrud dan banyak lagi telah menumbuhka­n lagi minat barang kemas yang digandingk­an dengan batu permata berwarna yang menarik. Ia umpama terdapat dunia batu permata semula jadi yang indah selain dapat dibentuk pada perhiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.