Miliki kulit tangan yang lembap dan kuku yang sihat dengan panduan ini:

Jelita - - Nota Cantik -

▶ SAPU LOSYEN TANGAN Jangan lupa oles losyen tangan untuk berikan kelembapan dan juga melindungi dari sinaran UV. Pilih yang bertekstur ringan pada siang hari, dan boleh cuba yang bertekstur minyak untuk disapukan pada tangan sebelum tidur.

▶ BELAI DENGAN RAWATAN EKSTRA Jika ada masa terluang, sebulan sekali anda boleh berkunjung ke pusat kecantikan untuk melakukan rawatan tangan dan kuku. Di sini, anda boleh menikmati rawatan skrub membuang sel kulit mati, melembapka­n tangan malah urutan yang merelakska­n.

▶ LINDUNGI TANGAN ANDA Pastikan anda memakai sarung tangan ketika melakukan aktiviti yang mudah dijangkiti kuman atau bahan kimia berbahaya seperti mencuci pinggan, berkebun atau ketika mengemas rumah.

▶ JAGA KEBERSIHAN KUKU Jangan simpan kuku terlalu panjang. Kotoran mudah melekat pada kuku yang panjang dan ini juga tandanya anda seorang yang pengotor dan tidak menjaga kebersihan. Potong kuku mengikut bentuk yang sesuai dan trim serta file pada hujungnya agar permukaann­ya rata dan kemas.

▶ WARNA KUKU Tibanya minggu ‘bendera merah’, anda boleh warnakan kuku mengikut warna yang anda suka. Kini terdapat lebih banyak pilihan produk malah ada yang halal juga. Kuku tampak lebih cantik, naik ‘seri’ dan bergaya.

▶ MAKAN DENGAN SIHAT Jangan tidak tahu ya, amalan pemakanan yang seimbang dan cukup nutrisi dengan vitamin B, vitamin E dan protein, boleh membantu untuk mencantikk­an kuku dan kulit juga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.