TIP GAYAKAN BAJU BERSAIZ LONGGAR

Jelita - - Galeri Fesyen -

▶ Tidak perlu membazir dengan membeli baju saiz lain! Padankan baju bersaiz longgar atau besar dengan seluar jeans ketat atau legging ala artis Korea.

▶ Jangan khuatir, saiz baju yang lebih besar daripada tubuh anda juga dapat memberi ilusi kurus! Anda boleh selit masuk bahagian depan atau belah tepi ke dalam seluar. Selain itu, ikat kardigan pada bahagian pinggang anda untuk tampil berbeza.

▶ Anda penggemar seluar longgar? Lengkapkan gaya anda dengan kasut tumit tinggi atau but tinggi agar dapat memberi ilusi tinggi.

▶ Jika anda suka gayakan dress kembang, pakai tali pinggang atau beg pinggang untuk tampak lebih ramping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.