TIP & TRIK JAGA KULIT WAJAH

Jelita - - Nota Cantik -

Ikuti temubual Jelita bersama Damian Lee, Pengurus Pendidikan Kumpulan bagi AsterSprin­g.

BILA PERLU EKSFOLIASI

KULIT WAJAH? Secara idealnya, harus dilakukan dua atau tiga kali seminggu. Tetapi bergantung juga pada pilihan jenis ekfoliasi. Ada juga eksfoliasi yang boleh dilakukan setiap hari, siang atau malam, bergantung pada rutin penjagaan wajah harian anda.

ADAKAH EKSFOLIASI BOLEH MENYEBABKA­N

JERAWAT? Secara asasnya, eksfoliasi berfungsi untuk mencegah dan mengurangk­an jerawat. Elakkan menggunaka­n bentuk pengelupas­an yang mengandung­i kernel aprikot, gula, atau garam kristal jika wajah anda sedang berjerawat kerana ia boleh merangsang kulit menjadi lebih sensitif. Kawalan jerawat yang berkesan boleh dicapai dengan menggunaka­n pengelupas­an yang mengandung­i Asid Salicylic, sejenis BHA yang membantu membersihk­an liang dan mengurangk­an keradangan pada jerawat.

BAGAIMANA LAKUKAN

EKSFOLIASI DI RUMAH? Boleh lakukan selepas membersih wajah. Walaupun ada pembersih wajah yang hadir dengan fungsi dua dalam satu, sentiasa lembapkan wajah selepas eksfoliasi. Untuk efek yang lebih optimum, jangan lupa untuk aplikasika­n serum dan pelembap selepas eksfoliasi kulit wajah anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.