FORMULASI UNGGUL UNTUK SEGARKAN WAJAH

Rawat kulit sensitif dengan formulasi terkini untuk kulit kekal sihat dan terjaga.

Jelita - - Nota Cantik -

Memiliki dan mengekalka­n kulit cantik adalah tugas yang sukar hari ini, disebabkan faktor cuaca panas dan pencemaran. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, haruslah menjaga kulit secara ekstra agar kulit tidak terus rosak dan menua sebelum usia.

Untuk itu, anda haruslah peka dengan produk penjagaan wajah yang digunakan, terutamany­a bahan rumusan atau kandungan di dalam sesebuah produk itu. Kulit yang sensitif mudah bertindak balas seperti cepat merengsa dan menjadi kemerah-merahan serta gatal jika sesuatu bahan kandungan itu tidak sesuai ataupun terlalu ‘kuat’pada kulit.

e Miracle Mask daripada CS12, iatu topeng wajah berkualiti tinggi, gabungan kehebatan teknologi dari Jerman dengan rumusan natural premium, khusus untuk merawat dan melegakan kulit sensitif dan bermasalah.

Topeng wajah selembut sutera ini diperkaya dengan rumusan anti in amasi dan asid hyaluronik yang akan meresap ke dalam kulit untuk membantu melembapka­n kulit, menjana sel kulit baharu dan melindungi kerosakan kulit daripada selaran UV. Topeng wajah ini juga mempunyai efek dingin, akan melegakan kulit wajah setelah seharian terdedah dengan cahaya matahari.

Selain penggunaan topeng wajah, belai kulit wajah dengan aplikasi CS12 Calming Ampoule. Ia sejenis ampoule yang mengandung­i asid hyaluronik iaitu, agen pelembap pada kulit wajah. Ia turut diperkaya dengan ekstrak daun witch Hazel yang bersifat anti bakteria serta ekstrak Cowslip yang membantu mengecilka­n liang pori dan melegakan kesan gatal. Rumusan ekstrak Veronica O cinalis dan Beta Glucan pula berfungsi untuk melindungi dan memulihkan kulit yang rosak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.