MEMPERKASA GAYA HIDUP AKTIF

Jelita - - Snippet Fesyen -

Pakaian sukan sopan buat wanita muslimah yang mahu kekal aktif dalam apa jua aktiviti sukan dalaman atau luaran selain boleh digayakan semasa hari sibuk. Nashata bermaksud aktif dalam bahasa Arab. Reka bentuk Nashata berkembang dengan memberikan keselesaan, pilihan dan keyakinan. Nashata menghasilk­an dan menjual pelbagai jenis pakaian sukan termasuk tudung, baju, seluar, pakaian renang dengan pelbagai reka bentuk inovatif untuk mengisi keperluan wanita di luar sana. Jenama ini menggalakk­an wanita untuk kekal menjalani gaya hidup aktif dengan kualiti kain yang cukup menyelesak­an. Produk Nashata direka dan akan diuji dahulu sebelum dijual di pasaran. Ia juga menawarkan saiz extra besar sehingga ke 3XL bertujuan untuk wanita Muslimah dari Timur Tengah dan Oceania.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.