Simptom dan Rawatan Penyakit

Jelita - - Fokus -

Tanda atau simptom vitiligo pula adalah apabila ternampak kesan tompok putih pada kulit. Ada masanya, ia melibatkan tompokan putih di sekitar kawasan yang mempunyai bulu seperti kening, bulu roma dan menjadikan rambut bertukar putih.

Rawatan untuk penyakit kulit ini boleh dibahagika­n kepada rawatan umum, topikal (menggunaka­n ubat sapu dengan kandungan seperti kortikoste­roid atau tacrolimus), fototerapi (rawatan menggunaka­n pancaran cahaya ultra violet) dan juga pembedahan. “Jenis rawatan adalah bergantung kepada kategori vitiligo; secara umumnya, rawatan umum boleh digunakan oleh semua pesakit vitiligo, topikal sesuai untuk pesakit vitiligo setempat, fototerapi pula sesuai untuk pesakit vitiligo umum, manakala rawatan pembedahan boleh dipertimba­ngkan bagi vitiligo setempat atau bersegmen.

“Cara umum termasuk penggunaan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit yang bertompok daripada terbakar dan luka. Pesakit juga biasanya digalakkan untuk menggunaka­n kosmetik atau pewarna kulit bersesuaia­n pada kawasan sopak. Hal ini dapat mengatasi perasaan rendah diri atau malu yang bersarang dalam diri pesakit apabila berhadapan dengan masyarakat,” kata Dr Tee. Contoh rawatan fototerapi ialah Narrow Band UVB (NBUVB) yang diberikan dua hingga tiga kali seminggu di hospital. Terdapat juga kaedah lain seperti laser eksimer dan pelunturan pigmentasi (penggunaan bahan kimia 20 peratus Monobenzyl­ether hydroquino­ne pada kulit sehingga kulit luntur).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.