BUKU UNTUK ANAK

Jelita - - Nota Hamil -

Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) menyertai projek The Book Effect di bawah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan antarabang­sa Friends to Mankind (FtoM). Kempen ini adalah insiatif untuk mengumpul 10,000 buku di Malaysia bagi membantu menyediaka­n perpustaka­an untuk kanak-kanak di rumah anak yatim, pusat pelarian dan pusat pemulihan dadah serta buat orang asli.

Pada masa ini, PCMC menjadi satunya pusat pengumpula­n buku di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. Dua kotak sumbangan buku dibuka kepada orang ramai di lobi utama PCMC sehingga 31 Disember ini.

Ketika berucap di majlis pelancaran inisiatif ini, Chong Yee Mun, ketua eksekutif PCMC, berkata: “Penyertaan kami merupakan sebahagian daripada program kemasyarak­atan kerana kami percaya dalam kepentinga­n memupuk budaya membaca. Namun, mereka yang memerlukan selalunya menghadapi masalah untuk mendapat bahan bacaan. Justeru, kami mahu menyumbang kembali kepada masyarakat dan melakukan sesuatu dengan sumber yang kami miliki.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.