Penne Bersama Labu Rebus & Udang

Jelita - - Sajian -

SAIZ HIDANGAN: 6 TEMPOH PENYEDIAAN: 30 MINIT

BAHAN-BAHAN:

• 2 sudu kecil minyak zaitun extra

virgin

• 120g tauhu kiub

• 1 bawang, dicencang halus

• 3 ulas bawang putih, dicencang

halus

• 350ml air

• 450g labu, dipotong kiub

• 120g udang

• 500g penne atau rigatoni

• 120g keju parmesan parut

• Emping cili, secukup rasa

• Garam dan lada, secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:

1 Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan tauhu dan masak sehingga bertukar keperangan selama kira-kira tiga ke lima minit. Ketepikan dalam pinggan.

2 Dalam kuali yang sama, masukkan bawang dan udang. Gaul dan biarkan masak selama dua ke tiga minit. Kemudian tambah bawang putih dan sedikit emping cili. Kacau rata selama 30 saat.

3 Kemudian masukkan semula tauhu ke dalam kuali dan masukkan juga air dan labu. Tutup kuali dan biarkan selama lapan ke 10 minit atau sehingga labu menjadi lembut.

4 Sementara itu, rebus pasta selama kira-kira tujuh ke lapan minit. kemudian tapis airnya.

5 Gaul pasta bersama campuran labu tadi, keju parmesan, garam dan lada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.