Linguine Bersama Kepah & Sotong

Jelita - - Sajian -

SAIZ HIDANGAN: 6 TEMPOH PENYEDIAAN: 30 MINIT

BAHAN-BAHAN:

• 500g linguine

• 180g bakon daging

lembu, dicencang halus

• 60ml minyak zaitun

extra-virgin

• 3 ulas bawang putih,

dihiris nipis

• ½ sudu kecil emping

cili

• ½ sudu kecil jintan

hitam, dihancurka­n

• 150ml air

• 220g sotong, dipotong

kecil

• 800g kepah

• Garam kasar, secukup

rasa

CARA MEMBUATNYA:

1 Masak bakon daging lembu dalam kuali besar dengan api sederhana hingga garing kira-kira 15 minit. Pindahkan bakon ke dalam pinggan.

2 Panaskan minyak dalam kuali dan masak bawang putih, emping cili dan jintan hitam hingga naik bau kirakira dua minit. Tambahkan air dan biarkan seketika.

3 Kemudian masukkan sotong dan masak lagi kirakira satu minit. Pindahkan ke dalam pinggan bersama bakon daging lembu tadi.

4 Masukkan pula kepah ke dalam kuali. Masak hingga ia terbuka kira-kira lima ke enam minit.

5 Sementara itu, rebus linguine sehingga al dente selama kira-kira tujuh minit. Tapis dan simpan 120ml air rebusan.

6 Campurkan bakon daging lembu, sotong, pasta dan air rebusan ke dalam kepah tadi. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.