Linguine Makanan Laut Herba

Jelita - - Sajian -

SAIZ HIDANGAN: 6 TEMPOH PENYEDIAAN: 30 MINIT

BAHAN-BAHAN:

• 500g linguine

• 120g mentega

• 2 sudu besar minyak

zaitun

• 2 bawang, dicencang

• 6 ulas bawang putih,

dihancurka­n

• 2 tomato, dicencang

• 250ml stok sayuran

• 1.2kg kepah

• 80g daun basil segar,

dihiris nipis

• 60g pasli segar, dicencang

• 60g oregano segar,

dicencang

• Garam dan lada, secukup

rasa

CARA MEMBUATNYA:

1 Cairkan mentega bersama minyak zaitun dengan api sederhana. Masukkan bawang dan masak hingga lembut selama lima minit.

2 Kemudian tambahkan bawang putih dan kacau selama satu minit, diikuti dengan tomato dan biarkan masak selama dua minit sehingga lembut.

3 Masukkan stok sayuran dan biarkan mendidih. Perlahanka­n api, tutup kuali dan biarkan masak selama kira-kira 20 minit.

4 Kemudian masukkan pula kepah dan tutup kembali kuali. Masak selama tiga ke lima minit sehingga kepah terbuka. Tambah basil, pasli dan oregano ke dalam.

5 Masukkan linguine yang telah direbus ke dalam kuali dan kacau rata. Tambahkan air jika terlalu kering. Perasakan dengan garam dan lada. Sedia untuk dihidang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.