Pasta Cangkerang Berkrim

Jelita - - Sajian -

SAIZ HIDANGAN: 6 TEMPOH PENYEDIAAN: 30 MINIT

BAHAN-BAHAN:

• 150g cendawan shitake dan cendawan butang, dihiris kecil

• 200ml air

• 40ml minyak zaitun

• 2 ulas bawang putih,

dicencang halus

• 100g pasli, dicencang kasar

• 2 tomato kering, dipotong

nipis

• 225g lada hitam hancur

• 100ml krim masakan

• 450g pasta cangkerang

(conchiglie)

• Garam dan lada, secukup

rasa

• Salad roket (arugula)

CARA MEMBUATNYA:

1 Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian tambahkan tomato kering, cendawan dan pasli.

2 Masukkan pula krim masakan dan air. Biarkan masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam serta lada.

3 Kemudian masukkan pasta yang telah direbus dan gaul rata. Hidangkan dengan salad roket.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.