CADAR SENTUHAN EKSKLUSIF

Jelita - - Diari Jelita -

Sheridan, jenama keperluan katil dan mandi terkenal di Australia telah melebarkan sayap di Parkson Elite Pavilion Kuala Lumpur. Mereka hadir dengan koleksi Musim Bunga/ Panas 2019 yang mengangkat rona neutral panas, ros, emas, oren dengan sentuhan hijau dan biru segar. Cetakan cat air dengan imej bunga dan daun menampakka­n sisi set cadar eksklusif serta mewah. Ia mampu menyerlahk­an kelainan pada kamar beradu anda.

Mereka juga mengangkat kempen Make Tomorrow Beautiful yang menegaskan komitmen Sheridan dalam menghasilk­an produk yang bukan sahaja cantik, malah menggunaka­n bahan yang mampu bertahan lama dengan proses pembuatan yang mesra alam. Anda boleh tidur selesa dengan jaminan kualit terbaik daripada Sheridan – fabrik mewah, kiraan benang yang tinggi dan sentuhan seni yang memukau. Koleksi indah ini boleh anda dapatkan di Parkson Elite Pavillion, Parkson Elite Gurney Penang, Sogo KL, Isetan KLCC, dan Sogo Southkey Johor Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.