CITA RASA RAKYAT MALAYSIA

Jelita - - Diari Jelita -

McDonald’s Malaysia meraikan 37 tahun sebagai syarikat Malaysia dengan menggunaka­n nama panggilann­ya, Mekdi. Papan tanda yang tertera nama Mekdi ini jelas terpampang di restoran McDonald’s Bukit Bintang, di mana ia adalah lokasi pertama McDonald’s di Malaysia yang dibuka pada 1982. “Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunk­an jenama McDonald’s

Malaysia seperti yang dikenali hari ini.

Sebagai tanda penghargaa­n atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk meletakkan nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami,” kata Melati Abdul Hai, naib presiden dan ketua pegawai pemasaran McDonald’s Malaysia.

Selain itu, Nasi Lemak McD yang menjadi kegemaran ramai kini boleh didapati di semua restoran McDonald’s Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald’s, 24 jam sehari. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan bersama Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama satu Ayam Goreng McD dan Teh O Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama dua Ayam Goreng McD dan Teh O Ais Limau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.