HASILKAN MEMORI UNTUK SIMPANAN

Jelita - - Diari Jelita -

Canon Marketing Malaysia memperkena­lkan dua kamera pencetak segera iaitu iNSPiC [C] dan iNSPiC [S]. Kedua-duanya direka untuk membawa kembali keterujaan berkongsi foto bercetak dengan segera dan berkongsi detik bermakna dengan yang tersayang. iNSPiC juga boleh mencetak semula foto yang sama apabila dihubungka­n kepada telefon pintar anda melalui tetapan bluetooth.

Siri iNSPiC [C] hadir dalam pelbagai pilihan warna menarik seperti Bubble Gum Pink, Bumble Bee Yellow dan Seaside Blue. Dengan kamera bina-dalam yang beresolusi lima megapiksel serta cermin swafoto di sebelah lensa kamera, sudah tentu sangat mudah untuk mengambil swafoto. iNSPiC [S] pula didatangka­n dengan tiga warna iaitu Pearl White, Matte Black dan Rose Gold, serta lebih nipis berbanding kebanyakan kamera digital kompak. Peranti ini dilengkapi satu kamera fokus tetap dengan resolusi setinggi lapan megapiksel. Jadi anda boleh mengambil dan mencetak foto dengan hanya satu peranti, tanpa memerlukan kamera dan mesin pencetak berasingan. Anda juga boleh menghubung­kan peranti tersebut kepada telefon pintar melalui aplikasi mudah alih Canon Mini Print untuk mencetak foto yang disimpan dalam telefon pintar. Butang pencetakan semula membolehka­n kamera pencetak ini mencetak foto yang sama berulang kali dengan segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.