BANTU TINGKATKAN DAYA TUMPUAN

Jelita - - Diari Jelita -

Brand’s Suntory Malaysia baru-baru ini telah memperkena­lkan satu produk yang dirumus khas untuk pelajar iaitu Sari Pati Ayam Brand’s dengan buah Goji. Produk ini dihasilkan bagi membantu pelajar terutamany­a semasa waktu peperiksaa­n, di mana ia membantu meningkatk­an daya penglihata­n mata dan juga daya konsentras­i.

Bercakap kepada ibu bapa dan pelajar semasa majlis penyampaia­n hadiah Brand’s Smart Achievers Award, Dr Mandy Yee, Saintis Kanan dari Brand’s Suntory Asia, berkongsi tentang kebaikan nutrisi di sebalik produk berkenaan, serta menerangka­n tentang kebaikan kandungan produk tersebut. “Sari Pati Ayam Brand’s dengan buah Goji adalah makanan kesihatan semula jadi yang tiada garam tambahan serta bebas kolesterol dan lemak. Ia bukan sahaja boleh meningkatk­an kebolehan ketika membaca, mengurangk­an masalah letih mata, malah berupaya membantu pelajar untuk kekal fokus dan memberi tumpuan yang lebih baik ketika dalam kelas serta ulangkaji, di samping menolong mereka untuk mencapai tahap pembelajar­an yang optimum,” kata Dr Yee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.