TIDAK PERLU JADI CHEF TERKENAL UNTUK MEMASAK

Jelita - - Diari Jelita -

Hari ini, tidak susah lagi belajar resipi baharu untuk sediakan hidangan seisi keluarga. Setiap hari, akan ada saja muat naik pelbagai jenis makanan, cara memasak, restoran atau gerak enak, resipi serta trend terkini. Sungguhpun begitu, tiada yang dapat menghalang anda mencuba resipi baharu seperti makaroni dan keju.

Terbaru, Prego telah memperkena­lkan Sos Pasta Makaroni & Keju terbaharu bagi memudahkan sesi memasak anda. Menurut May Lim, pengarah urusan Campbell South East Asia Sdn Bhd, sos pasta baharu ini cukup pekat dan berkrim, sesuai digabungka­n dengan pelbagai ramuan lain dan disediakan dalam tempoh masa yang lebih singkat.

“Dengan trend orang Malaysia suka menggabung­kan pelbagai jenis ramuan, anda pasti tertarik dengan kreativiti ciptaan resipi baharu Makaroni & Keju ala Malaysia ini,” katanya.

Harga setiap tin adalah RM6.49 dan dijual di pasaraya besar dan pasaraya di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.