PADANAN SESUAI DENGAN BUT

Jelita - - Galeri Fesyen -

Suntikkan kelainan dalam gaya dengan sisipan but dalam penampilan anda.

Jika mahu selitkan seluar ke dalam but tinggi anda, sarungkan jean sendat atau leggings. Ia dapat memberi ilusi tinggi pada bahagian kaki anda. Skirt juga boleh digayakan bersama but bertumit ala persalinan musim Luruh/Dingin. But paras buku lali boleh digayakan dengan skirt labuh dan pelbagai jenis seluar tidak kira ketat mahupun longgar. Elak hadkan fesyen anda dengan memakai kasut but bersama seluar ketat sahaja! Pintarkan gaya dengan stail seluar longgar, lipat sedikit bahagian bawah seluar tersebut ataupun biarkan begitu sahaja. Dress labuh mahupun pendek turut sesuai digayakan dengan kasut but untuk tampil lebih ekstra dan ranggi daripada gaya hari biasa anda.

Beg pinggang, Pull & Bear, RM99.90 Beg silang mini, Zara, RM99.90 Beg silang, Bershka, RM99.90 Beg sandang, Bershka, RM99.90

Beg tangan, H&M, RM74.95

Beg bucket, Mango, RM99.90

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.