BIAR TAHAN LAMA!

Jelita - - Nota Fesyen -

Tip penjagaan jeans dari pakar denim, Jennifer Chan, yang juga pengurus pemasaran Levi Strauss Malaysia. Terdapat lebih daripada satu cara yang boleh dilakukan dengan betul dalam penjagaan denim anda. 1Asingkan jeans anda dengan persalinan yang lain. Elakkan membasuh dengan kerap kerana penampilan yang unik datang daripada memakai seluar jeans dalam tempoh yang lama tanpa mencuci. Basuh sekali sahaja dalam 10 kali pemakaian jeans anda agar tidak lusuh dan dapat mengekalka­n potongan. 2Anda disarankan basuh menggunaka­n tangan. Terbalikka­n seluar jeans anda setiap kali membasuh dengan menggunaka­n air sejuk dan sidai jeans tersebut di ampaian yang tidak terlalu terdedah dengan pancaran matahari. Ia dapat mengekalka­n rona jeans anda dengan baik dan tidak berlaku sebarang penyusutan. Mesin pengering juga adalah musuh utama jeans! 3Denim yang dihiasi atau bercorak yang dibersihka­n menggunaka­n dry-clean boleh merosakkan butiran seperti sulaman dan labuci dari masa ke semasa. Jadi anda boleh rendam denim ke dalam air sejuk sehingga 10 minit tanpa detergen, kemudian bentangkan denim anda sehingga kering.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.