Simptom dan Rawatan Penyakit

Jelita - - Fokus -

Antara simptom yang boleh berlaku adalah apabila terjadinya perubahan pada warna kulit dan hilang deria rasa. Tompok sama ada putih atau merah yang tidak gatal atau sakit boleh berlaku. Kulit yang terlibat boleh menjadi kering dan kasar serta tidak berpeluh dan tidak berbulu. Saraf menjadi tebal serta otot menjadi lemah adalah antara kesan buruk yang berlaku pada penghidap leprosy berkenaa.

Kusta boleh dirawat dengan kombinasi antibiotik sistemik (dirujuk sebagai multidrug therapy atau MDT yang disyorkan oleh WHO) seperti rifampin, dapsone dan clofazimin­e selama kira-kira enam hingga 12 bulan bergantung kepada jenis kusta yang dijangkiti. Jika terdapat kontraindi­kasi atau kekebalan terhadap ubat ini, antibiotik lain seperti ofloxacin atau minocyclin­e boleh digunakan.

“Ada masanya, pesakit mungkin akan mengalami reaksi lepra yang disebabkan reaksi imunologi terhadap Mycobacter­ium leprae. Antara tanda reaksi lepra yang boleh dilihat dan dirasa adalah seperti ruam yang sedia ada menjadi teruk sama ada merah atau bengkak, munculnya nodul baru yang sakit, demam, sakit atau bengkak pada sendi, sakit saraf dan lemah otot. Jika berlakunya tanda ini, pesakit perlu melaporkan kepada doktor dengan segera. Ubat seperti prednisone dan immunosupp­ressants boleh digunakan untuk mengawal komplikasi ini,” jelas Dr Tee.

Penyakit kusta sememangny­a boleh disembuhka­n. Rawatan pada peringkat awal dapat mencegah kecacatan teruk yang mungkin bakal berlaku di hari kemudian. Paling penting adalah pesakit perlu mematuhi nasihat doktor dan menerima rawatan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.