NOTA FESYEN Dominasi Jeans, Selamanya Malar Segar

Seluar yang sesuai dipadukan dengan apa jua persalinan.

Jelita - - Contents -

Setiap orang pasti memiliki jeans di dalam gerobok sendiri umpama seluar yang perlu ada! Tidak asing lagi pemakaian jeans dengan semua jenis baju dan jika pandai dipadankan, mesti kelihatan kasual dan ranggi. Pelbagai potongan mahupun reka bentuk seluar denim yang sentiasa menjadi trend sehingga kini. Ramai yang bersusah payah mencari potongan, rona, saiz poket dan reka bentuk yang sesuai dengan bentuk tubuh anda untuk tampil lebih yakin. Malah jangan khuatir, apa pun jenis tubuh, pasti akan ada potongan denim yang sesuai tidak kira seluar jeans potongan lurus, ketat, kembang, panjang buku lali dan banyak lagi. Perkongsia­n yang berguna daripada Lim Shin Yee selaku eksekutif pemasaran kanan di Guess Malaysia mengenai cawat jeans yang sesuai untuk tubuh anda!

Monki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.