JURNAL PEREKA Realisasi Minat Sejak Kecil – Shals

Pilih keluarga sebagai rakan perniagaan bagi memudahkan urusan.

Jelita - - Contents -

LATAR BELAKANG SHALS

Tujuh tahun menempa nama di dalam bidang fesyen tempatan. Shals bermula pada 2011 dengan hanya membeli secara pukal dan menjual semula barangan di atas minat ibunya yang gemar berniaga. Shals adalah jenama pakaian ditubuhkan adik-beradik perempuan Shals, Shalma Ainaa,

28 dan Shalmanisa, 33. Pada masa itu, perniagaan Shals berpangkal­an di sebuah butik Sunway Giza, Kota Damansara kerana tiada lagi medium media sosial.

Shalma menjalanka­n perniagaan Shals dengan kerjasama kakaknya, Shalmanisa sejak dia berusia 18 tahun dan kala itu, sedang mengambil Diploma Pemasaran Fesyen di London. Setelah Shalma kembali ke tanah air, dia memulakan kerjaya untuk rancangan televisyen, Hlive selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk fokus dalam perniagaan fesyen kerana minat yang mendalam.

Dia menukar imej dan arah tuju Shals daripada menjual semula barangan borong kepada mereka sendiri setiap produk yang mahu dikeluarka­n. Shals mula menggunaka­n laman sesawang dan media sosial sebagai platform baharu untuk menjalanka­n perniagaan. Shalma yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Gaya Fesyen Dan Promosi di London, menerapkan apa

yang dipelajari dalam bidang tersebut pada jenama fesyen ini supaya arah tuju yang mahu dicapai lebih jelas dan teratur.

Shalma mengambil keputusan untuk memasarkan apa yang dia suka gayakan selari dengan DNA jenama Shals. Sejak pelancaran­nya, ia telah berkembang untuk kepada pakaian ready-to-wear, aksesori dan beg tangan. Shals mencermink­an keanggunan yang rileks dan klasik sebagai keperluan asas pakaian kepada pembeli.

Selain itu, Shals mahu terus memberi inspirasi kepada orang sekeliling begitu juga persekitar­an kami yang tidak pernah berhenti memberi

inspirasi. Slogan Shals iaitu Silhouette of Confidence mengetenga­hkan apa jua bentuk dan saiz badan anda apabila menggayaka­n jenama Shals akan berasa yakin dan selesa umpama jenama yang menyuntik keyakinan pada si pemakai.

KOLEKSI AKAN DATANG

Shals akan mengeluark­an versi terbaru koleksi kasut 1311 yang ditambah baik untuk lelaki dan kasut tumit tinggi untuk wanita pada November ini. Ia akan dilancarka­n semasa hari jadi Shalma Ainaa iaitu 13 November. Selepas itu, kami mahu beri tumpuan pada pejabat dan butik baharu yang bakal dibuka di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

APA YANG DITITIKBER­ATKAN DALAM MENGELUARK­AN PRODUK?

Shals sangat titikberat­kan material kain tetapi tidak mahu hadkan penggunaan material dalam berfesyen di mana ada sesetengah kain yang sesuai dan berpatutan untuk dihasilkan. Shals juga sangat mementingk­an kualiti dengan harga tidak akan melebihi RM200. Pengalaman pembeli Shals turut dititikber­at agar pembeli bukan sahaja hanya membeli produk tetapi juga membeli gaya hidup jenama Shals. Shals turut mempromosi pakaian di laman sosial tanpa menggunaka­n khidmat model agar pembeli sedar bahawa Shals sesuai digayakan oleh semua wanita. Selain itu, Shals mahu memberi kesedaran bahawa setiap potongan pakaian sesuai digayakan untuk sesiapa sahaja tidak kira saiz badan. Shals turut menawarkan baju bersaiz percuma dan besar.

HARAPAN LIMA TAHUN AKAN DATANG

Shals mahukan satu pencapaian yang besar dengan harapan untuk membawa jenama ini menembusi perniagaan fesyen di London bagi memenuhi keperluan pakaian santun. Shalma yakin bahawa masih ada ruang untuk jenama ini di luar negara. Selain itu, mereka mahukan perniagaan lebih stabil dan di tahap yang selesa untuk memiliki sebuah butik di dalam pusat beli-belah bertapak di Kuala Lumpur.

KATA SEMANGAT BAGI YANG MAHU CEBURI BIDANG FESYEN?

Tambah pengetahua­n kerana ia sangat penting dan membantu untuk menjalanka­n perniagaan dalam bidang fesyen. Anda perlu tahu apa yang terbaik dan buat langkah demi langkah. Jangan terlalu gopoh untuk capai sesuatu dan banyak bersabar. Untung yang banyak juga mengambil masa dan strategi yang betul. Kadang kala kita tidak dapat jangka produk apa yang mendapat respon baik daripada pembeli.

SUMBER INSPIRASI SHALS?

Minat turun temurun daripada ibu kami yang sangat meminati bidang perniagaan dan fesyen. Wanita itu suka menjahit dan menjual pakaian sejak dulu lagi. “Kini ibu saya sudah pencen dan membantu kami memajukan Shals. Saya jadikan rujukan pada apa yang saya lihat disekelili­ng saya sebagai inspirasi untuk setiap rekaan yang saya mahu hasilkan,” kata Shalma.

KONGSIKAN TIP FESYEN SHALMA?

“Saya tidak hadkan diri untuk berfesyen! Perjelaska­n identiti diri anda melalui fesyen yang anda mahu gayakan. Pakai pakaian yang menyelesak­an anda dan beri keyakinan pada diri. Tidak kira fesyen apa saja tetap sesuai pada tubuh anda jika bijak suai padan. Ada kala apabila kita berias, dapat meningkatk­an lagi keyakinan diri untuk tampil lebih berfesyen sekiranya ada orang memuji anda. Jika mahu tampil lebih elegan berfesyen, sarung aksesori dan merias wajah anda,” kongsinya.

DI MANA BOLEH DAPATKAN SHALS?

Anda boleh kunjungi butik Shals, layari www.shals.com, instagram @shals.kl dan pop-up booth di The Curve.

Shalma Ainaa

Butik Shals

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.