JELITA UJI Nyah ‘Mata Panda’

Tidak cukup tidur dan sering terdedah dengan sinaran UV berbahaya antara punca utama mata kelihatan letih, munculnya kedutan dan terlihat lebih tua. Gunakan ini!

Jelita - - Contents -

1. SKIN DOCTORS EYE TUCK, RM199

Rumusan aktif yang digunakan berfungsi untuk menyingkir lebihan toksin pada kawasan bawah mata agar lingkaran gelap mencerah. Sekali gus melembapka­n kulit untuk mata kelihatan segar.

2. SHISEIDO ULTIMATE POWER INFUSING EYE CONCENTRAT­ES, RM275

Bertekstur mewah seperti serum, ia mudah meresap dan memberikan efek selesa pada kulit. Hasilnya, lingkaran gelap dan kedutan berkurang serta tekstur kulit lebih halus.

3. KIEHL’S YOUTH DOSE EYE TREATMENT, RM169

Formulasi tiga rumusan utama iaitu Pro retinol, ekstrak red grapeseed dan vitamin C berfungsi untuk menghalusk­an kulit, mengurangk­an garisan halus dan mencerah kulit pada kawasan mata.

4. AHC THE REAL EYE CREAM FOR FACE, RM118

Krim mata nombor satu di Korea yang terjual setiap dua saat! Mempunyai tekstur yang ringan dan halus, ia lembut pada kulit sekitar mata untuk lebih penghidrat­an dan menambah seri.

5. PETER THOMAS ROTH CUCUMBER DETOX HYDRA GEL EYE PATCHES, HARGA TIDAK DINYATAKAN

Menggunaka­n timun sebagai rumusan utamanya, ia memberikan kesan sejuk dan nyaman pada kawasan mata. Cara menggunaka­n sangat mudah! Letakkan helaian pad di bawah lingkaran mata, untuk kesan yang lebih segar.

6. SWISSLINE CELL SHOCK EYE ZONE BOOSTER, RM358

Gabungan antara ramuan bermutu tinggi dan kecanggiha­n teknologi di dalam satu botol. Kandungan dua peratus kafein berfungsi untuk detoksi kasi lebihan tisu dan sel lemak kulit agar peredaran darah lebih lancar untuk keserian kulit di kawasan mata.

7. SK-II RNA POWER EYE CREAM RADICAL NEW AGE, RM429

Dengan rumusan ekstrak Chlorella dan Palmitoyl Pentapepti­de-4, krim mata ini bukan sahaja mampu menghilang­kan ‘lebam’ bawah mata, tetapi juga berupaya menjana semula sel kulit untuk kulit yang lebih cerah dan segar. 1

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.