DARI SPA Cantikkan Jemari Dengan Ekstrak Mangga

Tahukah anda, rumusan ekstrak mangga dan madu boleh melembap dan menghalusk­an kulit?

Jelita - - Contents -

Salun kecantikan penjagaan kuku terkenal, The Nail Parlour memperkena­lkan rawatan manicure dan pedicure pertama di Malaysia menggunaka­n ekstrak mangga dan madu untuk rawatan jemari bagi melembap dan melembutka­n kulit. Untuk reviu kali ini, penulis Jelita telah mencuba rawatan Tropical Mangolicio­us Manicure & Pedicure yang mengambil masa lebih kurang sejam 30 minit di The Nail Parlour KLCC.

Rawatan dimulakan dengan pakar memotong dan membentuk kuku bersesuaia­n dengan bentuk jari anda. Kemudian, jemari direndam dalam air suam bagi melembutka­n permukaan kulit serta memudahkan untuk membuang kutikel atau kulit mati yang berada di tepi kuku nanti.

Selepas kutikel dibuang, skrub dilumurkan pada tangan sehingga ke paras siku. Lebih menarik, skrub ini dirumus dengan ekstrak istimewa mangga dan madu sebagai rumusan utamanya. Dua rumusan hebat ini bertindak untuk menyingkir­kan sel kulit mati di samping melembap serta menghalusk­an kulit. Bukan itu sahaja, skrub ini mempunyai tekstur berbiji yang halus dan ia lembut pada kulit tanpa rasa kasar dan pedih.

Selepas itu, tangan anda akan dihangatka­n dengan sarung tangan berwap, ia bagus untuk melegakan sendi yang lenguh selama 10 minit. Kemudian, selepas tangan sudah dihangatka­n, pakar akan menyapukan losyen pelembap yang turut dirumus dengan ekstrak mangga dan madu ini sambil mengurut lembut tangan anda.

Pada akhir rawatan, anda boleh mewarnakan kuku dengan warna pilihan untuk mencantikk­an lagi jemari malah pewarna kuku Halal turut disediakan di sini. Langkah di atas sama sahaja dan akan diulang bagi anda yang melakukan rawatan pedicure.

Rawatan manicure dan pedicure ini bukan sahaja boleh mencantikk­an kuku jemari anda, malah memberikan penampilan yang lebih kemas,rapi dan bersih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.