DARI SPA Kembalikan Kelembapan Buat Wajah Anda

Penghidrat­an adalah kunci untuk keserian dan kesegaran kulit.

Jelita - - Contents -

Penulis Jelita berpeluang untuk mencuba rawatan wajah Harmonizin­g Herbal Recovery Facial Treatment di Jurlique Spa bertempat di The Starling Mall. Rawatan wajah ini bertujuan untuk mengembali­kan keserian kulit wajah dengan mengunci lembapan ke dalam kulit yang mana menumpukan lima langkah utama.

Rawatan dimulakan dengan double cleansing. Langkah ini bertujuan menyingkir­kan kesan solekan dan kotoran pada wajah. Wajah diurut perlahan dengan minyak pembersih, menjadikan kulit terasa lebih bersih dan licin. Kemudian, wajah disapukan dengan hydrating mask yang berfungsi untuk menyalurka­n cecair lembapan ke dalam kulit agar permukaan kulit menjadi lembut serta halus. Ia juga dapat membuka liang pori agar proses extraction dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Hydrating mask ini mempunyai efek dingin, membuatkan wajah rasa nyaman dan selesa, hampir terlena penulis dibuatnya.

Sementara itu, mesin wap yang sudah dihangatka­n tadi dihalakan pada wajah, agar liang pori mudah terbuka untuk proses extraction. Extraction dilakukan bertujuan untuk mengeluark­an bintik hitam dan bintik putih yang tersumbat di dalam liang pori yang menjadi punca kulit anda kusam dan kering.

Apa yang penulis suka ialah ketika proses extraction, pakar terapi melakukann­ya dengan penuh hemah, tanpa rasa sakit dan ngilu pada permukaan kulit wajah. Sempat berkongsi, jika bintik hitam dan bintik putih terlalu banyak di dalam kulit, kulit sukar ‘bernafas’ lalu tidak boleh menyerap nutrisi dan kandungan daripada produk lain ketika anda mengaplika­sikannya pada wajah.

Seterusnya, wajah disapukan sekali lagi dengan pupur cooling

mask, yang turut mempunyai efek dingin bagi melegakan kulit wajah selepas proses extraction. Pupur wajah ini dibiarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan bersih.

Sementara menunggu pupur kering, dia melakukan rawatan ekstra. Antaranya, bahu dan tangan akan diurut perlahan, bagi melerai segala lenguh dan ketegangan pada sendi. Malah, anda juga boleh meminta pakar terapi untuk merapikan lebihan bulu pada wajah serta kening. Terasa diri betul-betul dibelai dan dirawat!

Akhir sekali, wajah akan disapukan krim pelembap dan krim tabir suria, bagi melindungi wajah daripada sinaran UV yang boleh menyebabka­n kulit cepat menua dan kusam. Kulit yang terhidrat menjadikan kulit lebih sihat, anjal dan kekal muda.

Rangkaian produk natural lembut pada kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.