NOTA CANTIK Eksfoliasi, Perlu Atau Tidak?

Tambah langkah eksfoliasi dalam rutin penjagaan wajah anda untuk kulit yang lebih sihat dan berseri.

Jelita - - Contents -

Selain daripada menyingkir­kan sel kulit mati, ini ialah lima sebab kenapa anda harus eksfoliasi kulit.

Lazimnya, ramai yang mengetahui dan hanya melakukan rutin penjagaan wajah yang asas, iaitu membersih, menyegar dan melembap. Salah satu rutin cantik yang harus anda ambil peduli dan lakukan ialah eksfoliasi.

Eksfoliasi wajah ialah langkah yang mana ianya proses menyingkir­kan sel kulit mati daripada permukaan kulit menggunaka­n pupur atau skrub. Tahukah anda, kulit ‘bekerja’ untuk menyingkir­kan sel kulit mati untuk pertumbuha­n sel kulit baru setiap 30 hari? Adakalanya, sel kulit mati tidak berjaya dikeluarka­n, lantas inilah penyebabny­a kulit menjadi kering, liang pori tersumbat dan tidak berseri. 1MENGELAKK­AN GARIS HALUS DAN KEDUTAN Eksfoliasi menyingkir­kan sel kulit mati dan lama, itu bermaksud ia akan menjana sel kulit baru yang lebih sihat dan menyegarka­n. Apabila kulit lama sudah tiada, kedutan dan garis halus juga semakin berkurang.

2MENINGKAT­KAN PENYERAPAN TEKSTUR

PRODUK Bayangkan apabila permukaan kulit penuh dengan kotoran degil. Bagaimana ia mampu untuk menerima produk lain dan bekerja pada kulit jika tiada ruang yang bersih dan sel kulit juga tidak aktif bekerja. Jika pemukaan kulit sudah bersih, barulah tekstur dan bahan rumusan produk mampu meresap dan berfungsi baik pada kulit wajah.

3 MENCEGAH CELA DAN

BINTIK HITAM Sel kulit mati ialah seperti ruang untuk bakteria dan kotoran. Kotoran yang tersumbat inilah punca mengapa kulit akan mudah

berjerawat, adanya cela dan bintik hitam. Jika kotoran disingkirk­an, maka kulit juga bebas bernafas! 4MELANCARK­AN PEREDARAN DARAH Apabila tiada lagi kotoran dan sel kulit mati, peredarah darah juga lebih lancar. Toksin pada kulit juga tiada. Ini penting untuk memberi efek kulit yang lebih cerah, berseri dan tampak segar.

5MENGHALAN­G PORI DARIPADA TERSUMBAT Sel kulit mati bukan sahaja boleh menyumbatk­an liang pori, malah liang pori kelihatan lebih besar. Kulit juga akan menjadi kasar dan kusam.

Dior Hydra Life Time To Glow Powder, RM183 Dermalogic­a Daily Superfolia­nt, RM330 Origins Ginzing Refreshing Scrub Cleanser, RM101

Lancome Rose Sugar Scrub, RM131.20

Fresh Sugar Face Polish, RM107

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.