CANTIK BAWAH RM100

Ketepikan seratus ringgit daripada gaji anda untuk pembelian produk cantik terkini di pasaran.

Jelita - - Contents -

Shokubutsu Shower Lotion Glow Radiance, RM19

Diformulas­ikan dengan teknologi Moisture-Lock yang menggabung­kan secara aktif Minyak Tsubaki ultra pelembap, esktrak tapai beras dan minyak bran beras yang mengunci kelembapan dari dalam untuk kulit kekal terhidrat, lembut, licin dan berseri selepas setiap mandian.

Byme Radiant Glow Gentle Cleansing Water, RM65

Sesuai sebagai pembersih solekan dan menghilang­kan minyak pada wajah. Hadir dengan Vitamin B5, ia mampu menghidrat dan menyegarka­n kulit.

L’Occitane Gel To Foam Facial Cleanser, RM100

Apabila diletakkan sedikit air, tekstur gel akan bertukar kepada buih yang lembut untuk membersih dan menghilang­kan kotoran tanpa meninggalk­an kesan ketat pada wajah.

Tiar Zainal Beauty Primer + Toner Hydrating Face Mist, RM79

Produk daripada jurusolek terkenal,Tiar Zainal yang anda harus cuba! Bukan sahaja boleh menyegarka­n wajah, malah rumusan naturalnya boleh membantu memudarkan bintik hitam, mencerahka­n kulit dan menjadikan kanvas solekan lebih berseri dan mulus.

M.A.C Love Me Lipstick Red Maison Rouge, RM84

Lipstik berona merah darah ini berpigmen tinggi dan mempunyai tekstur krim yang lembut, sesuai untuk semua jenis warna kulit. Malah, ia boleh membiaskan rona kulit lebih cerah!

Gatsby Dressing Pomade Comb-Back, RM29.90

Krim penggayaan rambut khas untuk cik abang! Formula berasaskan air menjadikan­nya mudah dibersihka­n dan membantu mencegah hujung rambut bercabang.

Innisfree Jeju Cherry Blossom Jelly Cream, RM90

Krim wajah dengan tekstur lembut bak jeli berfungsi untuk melega dan menghidrat­kan kulit wajah. Bau juga wangi, nyaman dan lembut pada kulit.

Nivea Whitening Deep Serum Hokkaido Rose, RM17.50

Bawah lengan pun harus jaga ya! Semburan dengan formulasi Vitamin C dan ros Hokkaido ini bagus untuk mencerah dan menjadikan kulit bawah lengan lebih halus.

Physicians Formula Butter Eyeshadow Palette rona Tropical Days, RM89.90

Palet pembayang mata dengan 12 rona menarik, bertekstur krim dan butter memberikan kesan rona yang lebih terang dan kekal lama.

Pixy Make It Glow Silky Powdery Cake, RM24.90

Sesuai untuk solekan minimal, tetapi dengan efek sempurna. Mempunyai partikel serbuk bedak yang halus, ia sangat ringan, tidak menutup liang pori dan memberikan kanvas solekan mulus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.