Rupawan Yang Berfikiran Jauh: Datin Fouziah Gous

Tidak asing lagi model, pelakon dan pengacara jelitawan dalam industri seni negara yang sentiasa nampak ceria dan berpenampi­lan anggun di kaca televisyen. Wanita yang matang dan mempunyai kelas tersendiri dalam bidang seni mahupun perniagaan.

Jelita - - Contents - Teks & Penyelaras NABILAH YUSRA Penyelaras Gaya SRI AZNI AZRAN Arahan Seni ZULKIFLI SULAIMAN & YANTIE BASHARUDIN Dibantu ESTEE EREEZA Penulis Web & Juruvideo NUR SOFEA Foto YONG KEEN KEONG Solekan NAJEEB AZAMI Hijab TUDUNG RUFFLE

Nor F ouziah M ohd Gous, 37 at au lebih dik enali sebagai F ouziah Gous. Pelakon k elahiran Kuala L umpur ini telah menempa nama di industri hiburan tempatan pada 2005 dan berjay a memper tahankan populariti­nya sehingga kini. K ecantikann­ya diwarisi daripada ibu bapa k erana memiliki darah kacukan Cina dan P akistan.

Memulakan karier sebagai model sebelum terjun ke dalam bidang lakonan terutama drama dan lem. Masih segar dalam ingatan Fouziah apabila ditanya mengenai lem pertama, judul Bujang Senang disebutnya di mana dia digandingk­an bersama Saiful Apek. Selain itu, watak yang paling mencabar dilakonkan adalah lem 2 Hati 1 Jiwa sebagai Lana yang menjadi pasangan kembar siam Lina lakonan Yasmin Hani. Perlu bercantum di kepala memegang watak kembar siam itu paling dalam ingatannya kerana tidak mudah untuk dipasang mahupun ditanggalk­an.

Bukan hanya berbakat dalam bidang peragaan dan lakonan, malah Fouziah juga menyerlah dalam bidang pengacaraa­n. Sebelum ini, dia pernah menjadi hos Roda Impian dan Nona. Hingga kini, Fouziah masih dijemput untuk menjadi pengacara dan dia kini boleh dilihat di kaca televisyen menerusi Go Shop.

Selain itu, Fouziah yang sudah bergelar Hajah ini turut menceburi bidang perniagaan minuman kesihatan, sarang burung jenama FG Walet malah diiktiraf sebagai penerima Anugerah 100 Top Young CEO 2019 bagi kategori wanita dalam bidang perniagaan pada satu majlis berprestij. Pengiktira­fan tersebut diberikan di atas kejayaan produk minuman sarang burung FG Walet yang telah mencipta fenomena baru dalam pasaran minuman kesihatan sarang burung negara.

Sempena edisi Oktober kali ini, Jelita berjaya melamar Datin Fouziah Gous walaupun jadual wanita ini yang begitu padat dengan penggambar­an drama dan pengacaraa­n, dia tetap mencuri sedikit masa untuk sesi penggambar­an bersama kami. Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin dengan beberapa perkongsia­n dari Fouziah sebagai selebriti jelitawan yang sentiasa menjaga imej dan kelihatan muda. Penggambar­an bersama kami juga tidak mengambil masa yang lama kerana Fouziah Gous begitu profesiona­l menggayaka­n setiap busana yang disarungka­n, padan dengan peribadi wanita hebat ini.

HADIAH BUAT PEMINAT Apakah perkembang­an terkini kerjaya Fouziah?

Ketika ditemu ramah, jelitawan ini baru sahaja selesai penggambar­an drama bersiri Sara Sajeeda untuk slot Samarinda TV3 yang ditayangka­n pada bulan ini. Setelah lama tidak muncul dikaca televisyen dalam bidang lakonan kini Fouziah sudah kembali ke set penggambar­an sejak Jun lalu. Dia juga akan menerima tawaran untuk berlakon sekiranya cerita tersebut menarik dan bersama para pelakon yang hebat sebagai hadiah untuk peminat yang rindukan lakonan Fouziah. Dia mahu lebih fokus pada perniagaan minuman kesihatan sarang burung premium FG Walet yang sedang giat dijalankan sehingga sampai satu tahap yang diimpikan. Selain itu, Fouziah turut sibuk dalam pengacaraa­n terutamany­a menjual barangan secara langsung di siaran Astro Go Shop.

Bisnes FG Walet Kesayangan

Fouziah begitu meminati bidang pertanian sejak dulu lagi dan idea asal tercetus bermula pada 2008 di mana ketika itu dia mengalami masalah kulit sensitif dan ekzema. “Ramai menyaranka­n saya untuk ambil minuman sarang burung tetapi saya dapati begitu sukar untuk dapatkanny­a. Saya hanya boleh dapati sarang burung yang mentah dan sudah ada campuran lain. Malah, tiada jenama yang menjual minuman tersebut secara komersial.”

“Pelan asal saya adalah untuk menjadi konsultan untuk membina rumah burung kepada klien. Tetapi di atas kekangan masa dengan jadual lakonan yang padat saya beralih kepada pelan B iaitu menghasilk­an produk minuman kesihatan sarang burung segera agar orang ramai mudah mendapatka­n ia di pasaran,” katanya.

Fouziah turut berkongsi bahawa pada awal menceburi bidang ini, dia tiada sebarang rujukan atau

idola. Dia hanya mempelajar­i bidang perniagaan sendiri dengan kerjasama suami, Datuk Zhafran Yusof. Kini, FG Walet boleh didapati di mana saja tidak kira di pasar raya, farmasi dan hampir kesemua stesen minyak Petronas, Go Shop selain melalui ejen. Fouziah juga sedang berusaha menambah jumlah mesin minuman FG Walet di beberapa tempat terpilih dan dalam proses memasuki pasaran Vietnam.

Pencapaian FG Walet sangat memuaskan dan maklum balas positif dari orang ramai menguatkan lagi semangat Fouziah. Sebagai ahli perniagaan bumiputera, Fouziah telah menunjukka­n kejayaan luar biasa dalam perniagaan yang jarang diceburi di kalangan bumiputera.

Pandangan Fouziah sebagai selebriti berhijab?

Dia berasa sangat gembira dan di zon selesa dengan penerimaan industri seni kini menerima selebriti berhijab dan perkara yang wajib dijalankan mengikut agama. Namun, kongsinya, dia ada juga berurusan dengan sesetengah pihak yang tidak dapat menerima selebriti berhijab. “Zaman teknologi yang kian berkembang pesat turut membantu selebriti tempatan untuk pergi lebih jauh selari dengan penerimaan masyarakat dan orang dari luar negara.”

“Tidak lagi seperti zaman dahulu yang tiada platform lain seperti laman sosial dan hanya bergantung kepada para media untuk menulis cerita tentang artis tempatan. Malah ia akan disampaika­n kepada orang ramai pada keesokan hari. Platform media sosial hari ini dapat menghubung­kan orang ramai dengan mudah untuk meluahkan apa yang terbuku di kiran dan berkongsi pandangan. Memegang gelaran sebagai selebriti berhijab bukan lagi penghalang dalam industri seni,” jelasnya. Fouziah sangat bersyukur dan tenang apabila berhijab di atas sokongan keluarga serta masyarakat yang ber kiran terbuka.

Pandangan Fouziah tentang penggunaan platform media sosial?

“Bagi saya sendiri platform media sangat penting dan memudahkan orang ramai berhubung dengan orang luar selain mengikut trend terkini. Saya gunakan platform ini untuk berkongsi apa yang saya mahu kongsikan dan berinterak­si dengan orang ramai serta sebagai rujukan untuk perkembang­an semasa seperti gosip dan berita terkini dengan lebih cepat. Sebagai selebriti yang mempunyai ramai pengikut, Fouziah akui ini adalah satu platform yang mereka harus gunakan sebaik mungkin. Perniagaan saya juga bermula melalui platform media sosial sehingga ke tahap yang sangat baik dan membantu dalam memperkemb­angkan lagi perniagaan.”

Perkara unik tentang dirinya?

Fouziah Gous seorang yang boleh melakukan pelbagai tugas dalam satu masa. Walaupun luarannya dia nampak berpenampi­lan lembut dan ayu tetapi hakikatnya, dia sangat gemarkan aktiviti lasak seperti sukan hoki dan lem aksi ganas. “Aktif dan agresif adalah jiwa Fouziah Gous,” tegasnya.

BAHAGIKAN MASA SEBAIK MUNGKIN Cabaran sebagai ibu bekerjaya yang mempunyai anak kecil?

Fouziah sendiri tidak dapat mena kan bahawa ibu yang mempunyai anak kecil adalah cabaran yang besar dan tidak dapat dielakkan. Tetapi dia memilih untuk menikmati setiap momen itu sebagai satu fasa yang hanya akan dialami sekali saja sebelum anak meningkat dewasa. Anak kedua Fouziah, Zaheen Yusuf, satu tahun yang akan tidur tidak menentu masa tetapi putera sulung, Muhammad Zeeshan, empat tahun pula sangat mudah dijaga.

Kebanyakan masa, Fouziah akan bawa anak ke mana saja termasuk ke pejabat kerana bekerja sendiri membuatkan dia mudah untuk merancang penjagaan anak setiap hari. Sekiranya dia mempunyai kerja yang penting, Fouziah akan memastikan mereka tidak terabai dan berada dalam penjagaan pembantu atau meminta bantuan daripada keluarga. Bagi Fouziah ini adalah salah satu cara untuk dia meluangkan masa bersama anak dengan melihat mereka di depan mata.

Apakah hobi waktu lapang dan tempat yang sering Fouziah lawati?

Dia gemar ke gimnasium untuk melakukan aktiviti kecergasan dan turut memiliki perniagaan Fighters Den Malaysia (DFM) khusus pada Muay Thai dan boxing. “Selain itu, saya adalah penggemar kopi dan sering mengunjung­i kafe untuk meluangkan masa berbual bersama suami.

“Sewaktu masa lapang pula saya akan bawa anak ke tempat permainan yang didapati di dalam pusat beli-belah. Saya akan teman mereka bermain sebentar dengan bantuan orang gaji untuk melihat anak-anak bermain sementara saya meluangkan masa dengan suami. Itu adalah praktis normal kami sebagai suami isteri untuk berdua-duaan,” katanya.

Rutin penjagaan kesihatan Fouziah?

“Saya cukup menitikber­atkan pemakanan yang sihat dan sering melakukan aktiviti kecergasan. Selain itu, saya akan mencuci muka dan kerap mandi untuk pastikan diri sentiasa wangi serta bersih,” kongsinya.

MANIS BERSAMA Bagaimana Fouziah jatuh cinta pada suami?

Sempat mengimbau kenangan lalu, Fouziah mengenali Zhafran melalui seorang teman di mana Zhafran membuka langkah dengan meminta pin BlackBerry Fouziah. “Selepas itu, dia sering ajak berjumpa tetapi pada masa itu, saya menolak. Momen paling tidak dapat dilupakan, Zhafran yang tidak jemu berusaha memikat. Ada sekali itu, saya tidak berapa sihat dan dia telah meletakkan ubat batuk pada kereta saya, membuat saya rasa dia benar-benar serius,” katanya. Selepas mendalami peribadi masingmasi­ng, Fouziah akhirnya bersetuju untuk mengahwini Zhafran pada 2013.

Bercinta selepas kahwin! Jodoh yang tidak disangka-sangka kerana pada mulanya dia hanya mahu berkawan saja. Melihat pada latar belakang Zhafran yang begitu baik membuatkan Fouziah mengambil keputusan untuk berkahwin. Tanpa bercinta dalam tempoh yang panjang, wanita berkenaan pasti ini adalah satu jalan yang diberkati dan dia kini bahagia dan memiliki dua cahaya mata lelaki.

Cara Fouziah kekalkan keharmonia­n rumahtangg­a?

“Apa yang saya sering tekankan dalam rumah tangga adalah komunikasi antara suami isteri. Kepercayaa­n dan keikhlasan satu sama lain juga mendatangk­an keharmonia­n pada rumah tangga. Apabila sudah berkahwin, anda kena menerima segala kebaikan dan kelemahan pasangan anda dengan hati terbuka. Jangan terlalu fokus pada kelemahan pasangan sehingga mengurangk­an kebahagiaa­n rumah tangga,” jelasnya.

TEKAD LAKSANAKAN AZAM Harapan Fouziah untuk 10 tahun akan datang?

“Saya impikan perniagaan saya sangat berjaya dan sudah menembusi pasaran di seluruh dunia tanpa perlu saya turun padang. Selain itu, saya mahukan FG Walet berada di tahap yang lebih stabil dan selamat serta terdapat orang yang boleh menjaga perniagaan ini dengan baik. Saya mahu lebih relaks bersama suami dan anak sambil perniagaan masih berjalan seperti biasa.”

Pesanan buat wanita di luar sana?

Jangan putus asa dan berani lakukan apa saja yang anda minati. “Sebagai wanita, ikut kata hati sambil ber kir. Jadilah wanita yang menghormat­i satu sama lain kerana wanita hebat adalah wanita yang berjaya di dalam rumah dan di luar rumah. Jika anda seorang isteri bekerjaya, pastikan berjaya dalam kerjaya selari dengan rumah tangga anda. Wanita suri rumah juga adalah wanita yang berjaya menempuh cabaran yang tinggi dalam mengendali­kan rumah tangga.”

TIP FESYEN FOUZIAH Gaya fesyen yang anda sukai?

“Saya ada ramai idola fesyen yang saya minati tetapi saya suka melihat fesyen yang minimal dan menyelesak­an serta sesuai dengan imej berhijab,” kongsinya. Fouziah turut gemarkan baju yang berfesyen longgar, dress yang santun mengikut trend selain rona yang menceriaka­n mood. Fouziah juga suka gayakan hijab yang nampak kemas rapi dan tidak suka stail yang rumit berbelit. “Saya akan berfesyen mengikut mood dan tema majlis yang saya mahu hadiri. Kadang kala ada hari yang saya mahu berias dan ada kalanya ada hari yang saya hanya mahu berpakaian mudah,” katanya.

“Jadilahwan­itayang menghormat­isatusama lainkerana­wanitaheba­t adalahwani­tayang berjayadid­alamrumah danluarrum­ah.”

Dress, Innai Red. Hijab, Tudung Ruffle. Rantai & cincin, Thomas Sabo.

Busana, Syaiful Baharim. Hijab, Tudung Ru e. Rantai, omas Sabo.

Top, Mimpikita. Seluar, Maarimaia. Hijab, Tudung Ruffle. Anting-anting, milik penata gaya.

Jaket, skirt & cekat, kesemuanya daripada Maarimaia. Hijab, Tudung Ruffle. Cincin, Thomas Sabo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.