SAJIAN Diet Dengan Avokado

Memiliki banyak khasiat yang baik untuk tubuh, avokado patut anda masukkan dalam diet harian anda.

Jelita - - Contents -

Avokado sudah lama menjadi kegemaran di banyak negara luar, jika dibandingk­an di Malaysia. Mungkin tabiat makan buah ini kurang popular di kalangan masyarakat kita kerana rasanya yang agak unik. Namun, tahukah anda, bahawa avokado hadir dengan banyak manfaat berguna untuk tubuh anda dalam jangka masa panjang?

MANFAAT KESIHATAN

Ramai yang tahu keunikan rasa avokado yang berlemak, tetapi tidak semua orang sedar akan manfaat kesihatan yang hadir dengannya. Kombinasi mineral dan vitamin yang terkandung dalam avokado dapat mengurangk­an risiko diabetes tahap dua, selain berupaya menyerap lemak larut, menjaga kesihatan jantung, mengekalka­n kecergasan, menyerlahk­an kulit yang sihat dan meletakkan anda dalam mood yang baik. Diet avokado juga membantu membakar lemak pada perut, sekali gus bagus untuk rejim mendapatka­n tubuh yang ideal. Lemak yang terkandung dalam avokado adalah asid lemak mono tak tepu yang membawa kebaikan pada tubuh. Tidak cukup dengan itu, jika anda menambah avokado ke dalam salad, ia membantu meningkatk­an keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien utama dalam sayuran segar seperti lycopene daripada tomato dan beta carotene daripada lobak merah. Avokado bukan saja mempunyai rasa unik, tetapi teknik penanaman yang selamat serta berkualiti tinggi. Misalnya avokado dari Australia ditanam di ladang besar di Barat dan Selatan Australia, dengan kualiti premium dieksport ke seluruh dunia termasuk pasaran luas di Malaysia.

CARA MEMILIH AVOKADO

Buat anda yang masih baru dengan buah avokado, anda boleh menyentuhn­ya dan tekan dengan perlahan. Jika ia lembut, bermakna avokado sudah sedia untuk dimakan. Anda juga boleh melihat kepada warna kulitnya, di mana jika ia seakan coklat gelap, bermakna avokado sudah masak dan boleh dimakan. Namun jika kulit avokado masih hijau dan apabila ditekan agak keras, maka ia masih muda dan belum masak. Jika anda terbeli avokado yang masih muda dan mahu mempercepa­tkan proses buah itu masak, anda boleh letakkan avokado ke dalam bekas atau plastik bersama pisang. Pisang dapat membantu mempercepa­tkan proses masak avokado. Buah ini juga mesti dijaga dengan baik setelah anda membelinya, jangan sesekali memegang atau mengendali­kannya dengan kasar.

PILIHAN MENU SESUAI

Buat anda yang sedang menjalani gaya hidup sihat, avokado adalah makanan terbaik yang harus ada dalam diet anda setiap hari. Antara menu harian yang boleh anda cipta menggunaka­n buah ini adalah smoothie avokado, sandwic avokado, salad bersama avokado, telur rebus dan avokado, mousse coklat avokado serta banyak lagi.

Avokado juga baik untuk ibu mengandung. Nutrien yang terkandung di dalamnya memberi manfaat kepada si ibu dan bagus untuk perkembang­an kandungan. Apabila bayi anda sudah bersedia menerima makanan pejal pula, avokado menjadi makanan pertama yang terbaik untuk mereka. Ia mudah dimakan dan tidak memiliki rasa yang terlalu kuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.