HIAS RUMAH Cadar Pelengkap Tempat Tidur

Keperluan kamar beradu seperti cadar berupaya memberi kualiti tidur yang baik, selain memberi rasa bahagia setiap kali melangkah masuk ke bilik.

Jelita - - Contents -

Kamar beradu yang menjadi ruang privasi dan lokasi anda melepaskan penat lelah perlu dilengkapk­an dengan keperluan berkualiti seperti katil yang empuk, selain cadar yang memberi rasa selesa. Ada beberapa faktor yang perlu dipertimba­ngkan sebelum membuat pembelian cadar. Sudah tentu anda mahukan produk yang berbaloi dengan wang yang anda peruntukka­n untuknya, bukan?

1 Tip Pemilihan Cadar Sentuh Produk

Perkara paling penting sebelum anda membuat keputusan untuk membeli cadar adalah dengan menyentuh produk itu terlebih dahulu. Anda perlu rasa bagaimana fabrik itu menyentuh kulit anda. Jika selesa pada kulit, maka ia sesuai dengan anda.

2 Sesuai Dengan CuacaPasti­kan

anda pilih cadar mengikut cuaca semasa di kawasan menetap anda. Anda tentu mahukan fabrik yang bagus dan membuatkan anda selesa, selain tidak terlalu sejuk atau terlalu panas yang boleh mengganggu waktu tidur anda.

3 Tentukan Kualiti Terbaik

Selain itu, anda juga perlu melihat kiraan benang bagi menilai kualiti cadar yang mahu dibeli. Kiraan benang ini adalah bilangan benang per inci persegi kain. Bilangan 400 kiraan benang atau lebih tinggi dianggap berkualiti baik. Kualiti juga datang daripada jenis kain tertentu, jadi sekali lagi anda perlu pergi sendiri ke kedai dan merasa perbezaan kualiti fabrik berkenaan.

4 Cantik di Mata Anda

Penting untuk anda memilih cadar yang cantik dan memenuhi kehendak anda. Tidak perlu terpengaru­h dengan pilihan serta pendapat orang lain. Asalkan anda yakin ia cukup cantik untuk kamar beradu anda, ia sudah memadai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.