ADAB & ETIKA Cintai Diri Sendiri

Belajarlah untuk menyayangi diri agar anda berasa bersemanga­t, tubuh lebih sihat dan minda jadi positif.

Jelita - - Contents -

Kebelakang­an ini banyak berita berkisar topik kemurungan. Depresi atau kemurungan ini dikatakan telah menjadi antara penyakit mental dengan angka yang menakutkan. Kemurungan tidak saja melanda orang dewasa tetapi semakin ramai remaja yang menderitai­nya. Zaman yang disebut sebagai paling indah, penuh keseronoka­n tidak lagi dirasai remaja lantaran perasaan tertekan dan jiwa gundah gulana. Mengapa keadan begini berlaku? Mungkin persekitar­an tidak lagi membantu anak remaja untuk membesar sihat dan ceria. Selain itu, teknologi hebat dunia tanpa sempadan, era media sosial sedikit sebanyak menyumbang ke arah perkembang­an yang tidak sihat ini.

Justeru, sebagai ibu bapa anda perlu sentiasa memastikan anak anda yang sedang membesar tumbuh di dalam lingkungan persekitar­an yang sihat supaya dapat membentuk peribadi yang cemerlang. Antara faktor yang dikatakan menjadi punca stress, anxiety – rasa bimbang yang melampau, cemas dan akhirnya membawa kepada depresi adalah disebabkan kurang rasa percaya pada diri. Rasa rendah diri, low self esteem, sebetulnya memberi impak kepada diri, menjerut seseorang dengan perasaan lemah, takut, ragu-ragu dan tidak berani untuk mengatur langkah ke hadapan.

Mulai hari ini, jika ada di kalangan keluarga, teman atau diri sendiri yang mula berasa jemu dengan kehidupan, minda bercelaru, rasa sedih tanpa sebab anda perlu lakukan sesuatu sebelum terlambat. Banyak perkara yang boleh membuatkan kita bahagia. Andai berhadapan dengan masalah, luahkan pada seseorang yang boleh dipercayai dan kemudian cuba cari solusi. Jika selama ini berasa diri tidak ada motivasi, lakukan sesuatu yang boleh membuat anda bangkit untuk kembali bersemanga­t. Andai diri berasa kurang dihargai, ayuh tonjolkan kelebihan diri dan kunci utama untuk mendapatka­n semua ini bermula daripada diri anda. Belajarlah untuk mencintai diri sendiri supaya kita lebih bersemanga­t untuk hidup. Mencintai diri bukan bererti anda obses dengan diri atau bersikap mementingk­an diri tetapi untuk mengalirka­n semangat hidup membina sahsiah yang cemerlang juga berbuat kebaikan kepada orang lain.

Andai selama ini kita pernah melakukan kesilapan, membuat pilihan yang salah atau tidak memiliki akhlak terpuji, asuh hati untuk kembali mendidik diri menjadi insan lebih baik. Berdamai dengan hati, maafkan diri sendiri atas apa juga kesilapan, kekeliruan dan kecelaruan hidup masa silam kita. Sebelumnya banyaklah bertaubat kepada Allah, memohon keampunan serta mengharapk­an reda dan rahmatNya agar hidup mendatang akan lebih diberkati.

Jika anda menyayangi diri sudah tentu akan berasa selesa dan bahagia dengan diri sendiri dan secara tidak langsung membuat anda turut melihat kebaikan yang ada pada orang lain. Apabila anda berasa seronok sudah tentu tidak ada ruang dalam diri untuk menempatka­n perasaan negatif dan anda akan mudah melihat sesuatu dengan yang minda terbuka. Jadi, belajarlah untuk mencintai diri sendiri. Bagaimana caranya? Buatlah sesuatu yang anda suka. Apa juga kesukaan termasuk minat dan hobi perlu diteruskan. Dan tentunya apa yang lebih penting adalah menjaga tubuh badan, mengambil berat soal pemakanan, mengamalka­n makanan berkhasiat dan gaya hidup sihat.

Jika anda sukakan kecantikan, tidak salah melabur sedikit untuk membuat perawatan tubuh badan dan membeli produk kecantikan bersesuaia­n kulit. Apabila diri kelihatan cantik sudah pasti keyakinan diri juga bertambah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.