SI COMEL Manfaat Ubat Cacing Untuk Kucing Anda

Parasit ini mendatangk­an keburukan pada kesihatan haiwan peliharaan anda, apa hendak buat?

Jelita - - Contents -

Seperti manusia, kucing juga berdepan masalah cacing yang menyerang mereka. Namun, bagi kucing ianya lebih kerap berlaku kerana sifat semula jadi mereka. Si comel yang dibiarkan berkeliara­n di luar rumah lebih mudah mengalami masalah ini berbanding daripada kucing yang dikurung. Tetapi ia tidak bermakna haiwan ini tidak perlu diberikan ubat cacing.

MASALAH CACING

Ubat cacing adalah penting dalam penjagaan si comel. Hal ini bagi memastikan kucing bebas daripada sebarang jangkitan penyakit yang disebabkan parasit. Beberapa jenis cacing yang boleh menjangkit­i kucing ialah cacing pita ( tapeworm), cacing gelung ( roundworm) dan cacing cangkuk ( hookworm).

“Terdapat beberapa petanda menunjukka­n kucing anda mungkin mengalami kecacingan. Antaranya ia kelihatan kurus tetapi perutnya nampak kembung. Ini biasanya berlaku pada anak kucing,” kata Dr Yaslynn, veterinar di Lynn Veterinary Clinic.

Tambahnya lagi, kucing juga akan kelihatan pucat, tidak aktif dan keadaannya menjadi lemah. Tanda lain yang akan kelihatan ialah si comel menggeselk­an punggungny­a pada permukaan lantai kerana kegatalan akibat cacing pita yang cuba untuk bergerak keluar.

Apabila kucing kecacingan, si comel akan kehilangan zat dan nutrien dalam badannya. Bukan itu saja, cacing boleh menyebabka­n kucing mengalami pendarahan hingga ada yang mati. Cacing juga boleh memberi masalah kepada sistem penghadama­n si comel dan berlakunya cirit birit, muntah juga masalah sembelit.

Sekiranya kucing anda mempunyai tanda ia dijangkiti cacing segera berjumpa doktor veterinar yang bertauliah. Dapatkan rawatan yang betul bagi memastikan masalah kecacingan ini dirawat dengan betul. Ini kerana pemberian ubat adalah berdasarka­n berat badan si comel dan tidak semua parasit ini boleh dimatikan dengan ubat cacing yang sama. Pengambila­n ubat ini penting untuk semua jenis kucing tidak mengira umur, baka dan gaya hidup (dikurung atau tidak). Hal ini bagi memastikan kesihatan si comel anda berada dalam keadaan yang baik dan optimum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.