HIAS RUMAH Raikan Idea Pereka Dalaman Lokal

Segala tentang identiti pereka dalaman, apa penghuni kediaman di Malaysia mahukan dan bagaimana terbitkan ruang indah untuk jangka masa lama.

Jelita - - Contents -

JOY DESIGN & BUILD

Berani mengambil langkah untuk permulaan kerjaya yang baharu, tepat untuk menggambar­kan Sheikh Azrul, 31, yang telah membuka syarikat sendiri yang diberi nama Joy Design Studio pada 2014. Idea itu tercetus apabila dia sendiri meminati bidang reka bentuk dalaman dan didorong ahli keluarga yang juga menjalanka­n bisnes. Melangkah lebih jauh, pada 2016, jenama ini hadir pula dengan Joy Design & Build yang memberi khidmat seni bina dan hiasan dalaman.

1 Apakah tanggungja­wab anda di Joy Design Studio danJoy Design & Build?

Tugas saya sebagai pengarah syarikat adalah memantau aktiviti yang dilakukan Joy Design Studio dan Joy Design & Build setiap hari. Berbincang bersama team untuk menghasilk­an idea baru dan bagaimana untuk memperbaik­i sebarang kekurangan. Team Joy Design & Build pula terdiri daripada Ariff Rijal yang bertindak sebagai principal designer dan bekerjasam­a dengan tiga orang pereka dalaman yang lain iaitu Irene Wong, Hairul Firdaus dan Wafaa Najihah.

2 Apakah khidmat yang ditawarkan?

Joy Design Studio seperti umum tahu, menawarkan pelbagai pilihan perabot dengan rekaan terkini dan berkualiti tinggi. Perabot yang kami ada mengangkat rekaan minimalis, Scandinavi­an, moden, retro, mewah dan banyak lagi. Joy Design & Build pula menyediaka­n perkhidmat­an reka bentuk dalaman untuk rumah persendiri­an, malah juga restoran, kedai, pejabat dan pelbagai lagi. Kami juga melakukan khidmat bagi seni bina dengan membangunk­an unit kediaman.

3 Mengapakah seseorang itu memerlukan pereka dalaman untuk kediaman mereka?

Memang mudah untuk anda dapatkan rujukan di Internet dan majalah. Tetapi kebiasaann­ya, pemilik kediaman memiliki masa yang terhad untuk merealisas­ikan semuanya dengan jaya. Sebaliknya, semua tahu, pereka dalaman sememangny­a bekerja untuk mencari idea dan membuahkan rekaan yang dimahukan. Kami juga terdedah dengan lebih banyak pengalaman dan lebih profesiona­l, dengan kata mudah, dapat membantu anda jadikan kediaman lebih indah dalam masa yang singkat. Kesimpulan­nya, anda dapat menjimatka­n masa dan belanja dengan menggunaka­n khidmat pereka.

4 Apakah yang pelanggan perlu sediakan sebelum berjumpa Pereka Dalaman?

Anda perlu sediakan pelan susun atur rumah. Kami mahu melihat bagaimana rupa tapak projek sebelum boleh meluahkan sebarang idea. Namun, apa yang paling penting

adalah, sebagai pelanggan, anda perlu beritahu kami apa yang anda mahu dan perlukan. Kami mahu tahu minat dan gaya hidup pelanggan setiap hari, supaya mudah untuk disesuaika­n dengan susun atur dan dekorasi kelak. Bagaimana anda menggunaka­n sesebuah ruang setiap hari, itu yang penting untuk kami tahu. Setelah semuanya jelas, kami akan ke peringkat seterusnya iaitu pemilihan perabot dan dekorasi. Rekaan dalaman ini semuanya adalah berkenaan perbincang­an dan mengenali penghuni kediaman dengan lebih dekat. Daripada situ, kami boleh keluarkan dan cadangkan idea yang menepati identiti mereka.

5 Apakah identiti rekaan serta kekuatan Joy Design Studio dan Joy Design & Build?

Kami dikenali dengan fleksibili­ti, di mana kami suka melakukan sesuatu yang baharu dan sangat jarang untuk kekal dalam sentuhan yang sama. Jika pelanggan berikan idea dan contoh rekaan yang mereka mahukan, kamu akan cuba realisasik­an dengan sebaik mungkin, malah akan memberikan lebih kesegaran yang berbaloi.

6 Apakah sumber inspirasi anda?

Kebanyakan idea kami cari di internet menerusi laman sesawang luar negara yang memberi rujukan pelbagai rekaan menarik. Daripada situ, kami himpunkan inspirasi yang boleh disesuaika­n dengan cuaca, budaya serta gaya hidup di Malaysia. Tidak cukup dengan itu, kami juga kerap berjalan ke negara orang dan melihat apa yang menarik ada di sana. Negara seperti Thailand, Vietnam dan India memiliki seni rekaan yang unik dan kreatif. Mereka tidak bekerja dengan kos yang tinggi, jadi terpaksa menggunaka­n sepenuh kreativiti untuk menghasilk­an rekaan yang indah.

7 Apakah yang kebanyakan orang Malaysia mahukan untuk kediaman mereka?

Orang Malaysia mahukan sentuhan yang praktikal dan mengikut trend terkini pada kediaman mereka. Mereka juga sudah lebih peka dengan rekaan masa kini yang mudah dicari di Internet.

8 Apakah yang membezakan anda daripada pesaingyan­g lain?

Kami bertuah kerana memiliki kedai perabot sendiri. Jadi, kami akan selalu peka dengan trend terkini. Sebagai contoh, kami tahu perabot berona emerald green selalu sahaja terjual habis di Joy Design Studio yang memberi makna warna itu menjadi trend dan kegemaran ramai sejak penghujung tahun lalu bahkan sehingga ke hari ini.

9 Apakah perancanga­n masa hadapan Joy Design Studio dan Joy Design & Build?

Kami mahu kuatkan lagi jenama Joy Design Studio yang kini sudah berada di Bangsar, Damansara Utama dan Johor Bharu. Kami merancang untuk menambah satu lagi cawangan di Pulau Pinang. Selain itu, ada juga idea mahu memiliki kilang pengeluara­n sendiri supaya kami mudah untuk mengawal rekaan, di mana sebarang idea baru dan R&D semuanya dibuat sendiri. Kami juga mahu fokus kepada projek pembanguna­n yang diterajui kami sendiri dengan usaha sama pemilik tanah untuk membangunk­an 21 unit kediaman satu tingkat. Ia adalah boutique developmen­t yang tengah berjalan sekarang dan bakal bertambah lagi di masa hadapan. Keseluruha­n boutique developmen­t ini adalah daripada pihak kami sendiri. Tapak yang sedang diusahakan pada waktu ini adalah di Klang, di mana kami masih sedang mendapatka­n kelulusan, jadi besar kemungkina­n kerja pembinaan boleh dimulakan pada awal tahun hadapan. Harga yang kami tawarkan juga mampu milik iaitu RM500,000 ke bawah, apatah lagi dengan lokasi mudah akses ke bandar yang utama.

10 Apakah tip penting dalam menata rias kediaman?

Tip paling penting adalah anda perlu dapatkan padanan warna yang dimahukan sebelum memulakan dekorasi. Sediakan mood board dengan padanan warna yang sesuai untuk ruang anda, dengan itu anda dapat lihat keseluruha­n imej dengan lebih mudah. Ia bakal menjadi panduan untuk anda kelak. Anda hanya perlu bermain dengan warna yang ada pada mood board itu sahaja untuk dinding, perabot, hiasan dan sebagainya.

INTEE DESIGN GRAPHY

Jaslin Puasa, 32, bertindak sebagai pereka dalaman yang juga menjadi tenaga penting menubuhkan Intee Design Graphy. Graduan dari Universiti Limkokwing dengan jurusan Diploma Interior Design dan Sarjana Muda Digital Imaging Photograph­y ( Majorin Architectu­ralPhotogr­aphy) ini memiliki hampir 10 tahun pengalaman bekerja dalam dunia reka bentuk dalaman.

1 Apakah kisah menarik di sebalik Intee Design Graphy?

Intee Design Graphy ditubuhkan pada 2012, di mana pada ketika itu saya sudah memiliki empat tahun pengalaman bekerja dengan syarikat reka bentuk dalaman antarabang­sa dan tempatan. Sudah tentu sebagai seorang pereka, saya mahukan sesuatu yang baru dan ingin memiliki syarikat sendiri. Kebetulan waktu itu, saya ada melakukan beberapa projek luar dan kerja sambilan yang lain. Kekangan masa pada saat itu telah membuatkan saya nekad untuk berhenti kerja dan membina empayar sendiri. Projek pertama Intee Design Graphy adalah menjadi pereka cawangan Burger King seluruh Malaysia. Kami mengikat kontrak selama dua tahun dengan Burger King untuk mengubah suai ruang dalaman restoran makanan segera terkemuka itu.

2 Siapakah di sebaliktea­m Intee Design Graphy?

Team Intee Design Graphy terdiri daripada tiga orang iaitu Nazirul selaku pengurus projek, Yusry sebagai eksekutif pemasaran dan saya sendiri selaku pereka dalaman.

3 Apakah khidmat yang Intee Design Graphy tawarkan?

Kami menawarkan perkhidmat­an reka bentuk dalaman, perundinga­n serta reka dan bina. Saya selaku pereka dan 3D Visualizer bertanggun­g jawab dalam memastikan semua rekaan yang terhasil dapat memenuhi kehendak pelanggan, sekali gus memberi kepuasan kepada kami sendiri. Saya turut berperanan dalam memberi konsultasi kepada pelanggan dengan sebaik mungkin agar idea itu dapat disesuaika­n dengan bajet mereka.

4 Mengapakah seseorang itu memerlukan pereka dalaman untuk kediaman mereka?

Pereka dalaman adalah pakar yang lebih tahu apa yang sesuai dengan kediaman anda. Biarpun dengan peredaran masa kini, di mana anda boleh melihat banyak idea menerusi majalah atau internet, tetapi hakikatnya, jika tanpa ilmu dan pengalaman yang luas, belum tentu hasil rekaan itu akan memuaskan. Pereka adalah insan yang mampu mengutarak­an pendapat bernas supaya setiap kehendak anda untuk kediaman dapat direalisas­ikan dengan lebih mudah.

5 Apakah yang pelanggan perlu sediakan sebelum berjumpa pereka dalaman?

Sebelum berjumpa pereka dalaman, anda perlu sediakan tiga item utama ini terlebih dahulu iaitu pelan kediaman, konsep yang dimahukan dan bajet. Seterusnya, setelah perbincang­an dijalankan, anda perlu menunggu sehingga pereka menyiapkan konsep yang dipersetuj­ui mengikut bajet yang ada, diikuti dengan pembentang­an sebelum kerja pengubahsu­aian bermula.

6 Apakah cabaran sebagai pereka dalaman?

Sebagai seorang pereka, cabaran berhadapan dengan pelanggan yang pelbagai ragam itu sudah menjadi lumrah yang perlu ditempuh. Ada yang mahukan sesuatu yang hebat, tetapi tidak memiliki bajet yang besar. Ada juga yang tidak tetap pendirian, ada saja yang mahu ditukar dan banyak lagi. Antara cabaran lain adalah apabila kerja pengubah suaian bermula, kami perlu bekerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

7 Apakah identiti Intee Design Graphy?

Kami menyediaka­n perkhidmat­an reka bentuk dalaman dengan harga berpatutan dan bersesuaia­n dengan bajet pelanggan. Kami semampu mungkin akan merealisas­ikan impian pelanggan untuk mendapatka­n rumah yang indah, biarpun tidak memiliki bajet yang besar. Sentuhan pereka itu ada, agar kediaman tampak lebih mengujakan.

8 Apakah yang kebanyakan orang Malaysia mahukan untuk kediaman mereka?

Kebiasaann­ya orang Malaysia mahukan dekorasi yang elegan dan dapat bertahan dalam jangka masa yang lama, selain selari dengan peredaran rekaan semasa. Ia juga perlu praktikal dan tidak susah untuk dijaga, bersesuaia­n dengan gaya hidup di negara ini.

9 Di manakah anda mendapatka­n inspirasi rekaan?

Intee Design Graphy banyak dapatkan inspirasi daripada Internet dan majalah antarabang­sa berkaitan hiasan dalaman. Kami juga mengikuti kumpulan pereka daripada pelbagai latar belakang untuk berkongsi idea dan bertanyaka­n pendapat.

10 Apakah perancanga­n masa hadapan Intee Design Graphy?

Kami mahu nama Intee Design Graphy melangkah lebih jauh, lebih dikenali ramai dan menjadi peneraju dalam industri rekaan bersesuaia­n dengan bajet dan cita rasa pelanggan. Biar apa jua bajet anda, kami akan cuba realisasik­an!

11 Apakah tip penting untuk mendapatka­n kediaman seperti yang diidamkan tanpa perlu keluarkan bajet yang membebanka­n?

Supaya anda tidak mengeluark­an wang ringgit berlebihan, anda perlu ambil tahu rekaan dan konsep yang dimahukan. Lakukan banyak carian di Internet atau majalah untuk mengenal pasti keperluan yang anda mahukan, selain perlu tahu untuk dapatkanny­a di mana. Buat pilihan tepat dengan pergi ke beberapa kedai terlebih dahulu bagi mendapatka­n harga terbaik.

12 Apakah tip penting untuk menata rias kediaman?

Kebanyakan penghuni kediaman kurang mengambil berat tentang sentuhan akhir pada dekorasi seperti aksesori dan soft furnishing. Semua ini penting untuk menaikkan seri sesuatu ruang yang diubah suai. Tiada keperluan penting untuk membeli item yang mahal, hanya perlu bijak dalam menyelesai­kan dekorasi. Anda boleh sahaja melakukan DIY untuk mengubah barangan lama menjadi sesuatu yang lebih segar dan menarik untuk sudut ruang tertentu.

Sheikh Azrul, pengarah syarikat.

Barisan pereka dalaman.

Sentuhan ▶ moden dan segar oleh Joy Design & Build.

▶ Hasil sentuhan Intee Design Graphy yang melengkapi kediaman moden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.