INFO SIHAT Penjagaan Holistik

Usia kita berganjak, begitu juga kedua orang tua kita. Pakar berkongsi penjagaan warga emas dengan cara lebih positif.

Jelita - - Contents -

Akan tiba masanya, orang tua menunjukka­n sikap yang akan membuatkan kita berasa rimas dan mengundang sedikit rasa kurang senang dalam diri. Permintaan mereka mungkin agak janggal atau kata-kata mereka membuat anda berjauh hati. “Anak-anak atau sesiapa jua yang menjaga orang tua perlu bersikap terbuka dan menerima orang tua dengan memahami kondisi mental mereka. Tidak dinafikan ia akan sukar dan ada masa menjengkel­kan tetapi berusahala­h untuk tidak menimbulka­n kemarahan mereka kerana anda tidak mungkin memenangi ‘pertempura­n’ dengan mereka,” begitu yang dinasihatk­an Dr Lydia Abdul Latif, ketua pegawai perubatan di Hospital Regen Rehab.

Mencegah Pastinya Lebih Baik Daripada Merawat

Dr Lydia dan rakan-rakannya yang terdiri daripada konsultan rehabilita­si, Dr Kavitha Ratnalinga­m serta pengarah terapi, Chelvi Muniandy bercakap daripada pengalaman mereka sendiri. Mereka juga pernah menjaga orang tua mereka. Apa yang perlu dilakukan apabila usia ibu bapa meningkat, mereka akan dirundung rasa bimbang kerana terdedah kepada masalah kesihatan. Justeru, anda perlu sentiasa menjenguk keadaan mereka, menghabisk­an masa berbual bersama lebih-lebih lagi jika mereka tinggal bersendiri­an.

Kemudian, galakkan mereka untuk bersikap proaktif mengenai kesihatan dan kehidupan mereka; sokongan daripada famili memainkan peranan paling besar. “Kekal aktif dengan hobi amatlah penting selain daripada bersenam dan terapi. Sebaiknya biarkan mereka sibuk dengan hobi dan aktiviti seperti berkebun, membeli-belah dengan pembantu atau teman-teman juga jika mampu pandu kereta sendiri,” kata Dr Kavitha. Chelvi pula memberitah­u pentingnya peranan penjaga untuk menggalakk­an warga emas untuk menjadi lebih berdikari. “Biasanya kita akan memberitah­u orang tua untuk tidak berbuat apaapa sebaliknya meminta penjaga yang lakukan semuanya. Hakikatnya, semakin tidak berbuat apa-apa, semakin banyak komplikasi yang akan muncul,” katanya lagi.

Menjaga Penuh Hemah

Dr Kavitha turut menyaranka­n anak-anak untuk mendapatka­n sebanyak mungkin ilmu mengenai penjagaan orang tua. Penting juga untuk mengetahui pelbagai keperluan mereka yang lainnya: “Hal ini akan membantu anda untuk menghadapi situasi agar anda tidak terbeban dengan pelbagai tanggungja­wab.” Lebih baik

kita sama-sama membantu mereka untuk menguruska­n rutin harian dengan selamat daripada memberitah­u mereka apa yang tidak boleh dilakukan. Bekerjasam­a dengan ibu bapa untuk menetapkan rutin yang dapat membantu mereka menguruska­n hidup mereka menjadi lebih mudah dan selesa.”

Dr Lydia juga berkongsi pendekatan holistik terhadap pemulihan geriatrik yang dapat mengembali­kan keyakinan. “Melalui beberapa siri pemeriksaa­n secara fizikal dan emosi, kami akan pastikan apa yang mereka mampu lakukan. Dan setelah memahaminy­a, kami akan dapat mengalihka­n atau membuang kekhuatira­n atau kegusaran mereka.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.