FOKUS JELITA Sopak Tidak Berjangkit

Penyakit ini biarpun sedikit sebanyak mengganggu emosi serta keyakinan diri pesakit, namun ia tidak merebak kepada orang lain dan boleh dikawal.

Jelita - - Contents -

Vitiligo atau biasa dipanggil sopak adalah masalah pigmentasi kulit yang menyebabka­n hadirnya tompok putih pada bahagian kulit tertentu dengan sebaran secara simetri. Penyakit kulit ini biasa dihidapi oleh 0.1 sehingga dua peratus penduduk dunia dan berlaku pada kadar sama di antara lelaki serta wanita. Terdapat data yang menunjukka­n seramai 791 pesakit dirawat di Hospital Kuala Lumpur sejak 2003 sehingga 2007. Satu pertiga pesakit yang menghidap vitiligo mempunyai sejarah keluarga yang positif untuk penyakit ini. Satu pertiga pesakit adalah kanak-kanak, sementara 70 hingga 80 peratus menghidapn­ya sebelum usia 30 tahun. Ditegaskan, vitiligo bukan penyakit berjangkit dan tidak memberi kesan bahaya kepada kesihatan penghidapn­ya secara menyeluruh, namun penyakit ini tidak dapat sembuh sepenuhnya. Rawatan yang biasa diberi adalah bertujuan untuk menghasilk­an semula pigmen dan menstabilk­an proses pigmentasi.

Masalah Pigmentasi Kulit

Menurut Dr Tee Shwu Hoon, pakar kulit di Columbia Asia Hospital Puchong, penyakit sopak berpunca daripada masalah pigmentasi, di mana sel yang menghasilk­an pigmen iaitu melanosit, dirosakkan auto-antibodi atau antibodi yang dihasilkan tubuh pesakit itu sendiri. Kemusnahan melanosit akan menjejaska­n penghasila­n pigmen pada kawasan yang terbabit, sekali gus menyebabka­n kulit tiada pigmen (warna). Punca sepenuhnya masih belum dikenal pasti, tetapi dipercayai berkait rapat dengan faktor autoimun dan genetik. Ia dikaitkan dengan penyakit autoimun seperti penyakit autoimun tiroid, type 1 diabetes mellitus, alopecia areata dan pernicious anemia.

Kategori Tompok

Tompok vitiligo boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan dan boleh dikategori­kan kepada lima. “Terdapat lima kategori vitiligo bergantung kepada bahagian badan yang terjejas iaitu umum; di mana tompok vitiligo adalah simetri dan boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan, setempat; pada tempat yang tetap, bersegmen;

unilateral, tidak simetri dan melibatkan kulit mengikut dermatome badan, acrofacial; terjadi pada bahagian tangan, kaki dan juga boleh melibatkan muka dan akhir sekali adalah universal; melibatkan lebih daripada 80 peratus bahagian badan,” jelas Dr Tee.

Prognosis vitiligo sukar diramal kerana ada pesakit yang mempunyai vitiligo yang mudah merebak ke kawasan kulit yang lain, sementara ada juga yang menghidap vitiligo yang stabil atau tidak melarat.

Dr Tee Shwu Hoon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.