FOKUS JELITA Bahaya Jangkitan Kusta

Tanda ruam atau lesi pada kulit dan kecacatan membawa stigma buruk pada pesakit kusta. Tetapi dengan rawatan masa kini, ia boleh disembuhka­n.

Jelita - - Contents -

Penyakit leprosy atau kusta adalah disebabkan bakteria Mycobacter­ium leprae yang membiak dan menjangkit­i pesakit secara perlahan. Ia boleh menyerang bahagian kulit, saraf kaki dan tangan, serta organ lain seperti mata dan hidung. Sekiranya tidak dirawat atau rawatan dilengahka­n, serangan leprosy boleh menjadi lebih progresif hingga menyebabka­n kerosakan kekal pada kulit, saraf, otot dan mata. Turut dipanggil dengan nama penyakit hansen, leprosy adalah antara penyakit yang perlu diberitahu kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia. Menurut sumber daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (Bahagian Kawalan Penyakit), sebanyak 180 hingga 250 kes baharu dinotifika­sikan setiap tahun di negara ini dalam lima tahun kebelakang­an iaitu 2014 (249 kes), 2015 (176 kes), 2016 (191 kes), 2017 (194 kes) dan 2018 (182 kes).

Jangkitan Bakteria

“Penghidap leprosy berpunca daripada jangkitan bakteria Mycobacter­ium leprae. Cara penyakit ini merebak tidak diketahui secara tepat, tetapi difahamkan ia merebak daripada seorang ke seorang yang lain melalui percikan air pernafasan. Faktor persekitar­an yang tidak bersih, keadaan tempat tinggal yang sesak, kekurangan zat makanan dan daya tahan badan yang lemah menjadi antara penyumbang kepada merebaknya penyakit leprosy.

“Penyakit ini tidak merebak melalui sentuhan dengan kulit pesakit kusta atau diwarisi,” kata Dr Tee Shwu Hoon, pakar kulit di Columbia Asia Hospital Puchong.

Impak Pada Orang Terdekat

Leprosy dipercayai merebak melalui titisan di udara. Contohnya, apabila pesakit kusta bersin atau batuk, titisan yang mengandung­i bakteria akan dilepaskan ke udara. Penyakit ini boleh merebak apabila seseorang itu terhidu titisan udara tersebut. Namun, tidak mudah untuk mendapat penyakit kusta dan tempoh terkena jangkitan adalah lama di antara satu hingga 40 tahun.

Bahaya Pada Tubuh

Penyakit kusta melibatkan bahagian kulit dan saraf pesakit. Ia menyebabka­n ruam kulit yang tidak gatal dengan atau tanpa kehilangan rasa atau sensasi. Ia juga boleh merosakkan saraf dan seterusnya menyebabka­n kelemahan otot serta kehilangan rasa pada tangan dan kaki. Kehilangan sensasi ini akan menyebabka­n kehilangan refleks automatik yang membantu individu untuk menjauhkan diri daripada objek panas atau tajam.

Jika hal ini berlaku, ia boleh menyebabka­n pesakit cenderung untuk mengalami kecederaan atau luka pada kulit yang berisiko untuk dijangkiti kuman. Pengesanan dan rawatan awal amat penting untuk pencegahan pelbagai kecacatan akibat daripada kelumpuhan saraf. Contoh kecacatan yang boleh berlaku adalah kehilangan refleks berkelip, ulser, hilang penglihata­n pada mata, kelemahan dan hilang fungsi tangan atau kaki serta otot mengecut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.