FOKUS JELITA Kerapuhan Pesakit Epidermoly­sis Bullosa

Lepuhan air adalah tanda utama penyakit kulit ini yang boleh menyebabka­n rasa sakit. Ia juga mampu meningkatk­an risiko kanser kulit.

Jelita - - Contents -

Epidermoly­sis Bullosa (EB) merujuk kepada penyakit kulit diwarisi yang disebabkan kejadian pada kulit dan membran mukosa yang lemah dan rapuh. Pesakit EB mengalami lepuhan air pada bahagian berkenaan dengan hanya trauma yang kecil, seperti geseran, gosokan atau perbuatan menggaru. Untuk kes yang teruk, lepuhan air boleh terbentuk secara spontan dan juga di dalam badan seperti saluran esofagus atau usus. Sehingga kini, terdapat kira-kira 80 pesakit EB di seluruh Malaysia berpanduka­n kepada EB kebangsaan atau Dystrophic Epidermoly­sis Bullosa Research Associatio­n Malaysia (Debra Malaysia). EB adalah penyakit yang diwarisi. Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, bangsa atau kaum etnik yang mempunyai gen tertentu yang rosak. Kebanyakan EB diwarisi daripada ibu atau bapa atau kedua-dua sekali. Namun, kerosakan gen juga boleh berlaku secara spontan. EB hadir sewaktu peringkat bayi atau kanak-kanak dan berterusan sehingga individu tersebut dewasa.

Komplikasi Penyakit

Tahap penyakit EB adalah antara ringan hingga kepada yang boleh membawa maut. Dalam situasi EB yang ringan, lepuhan air tidak akan terjadi sehingga bayi itu mula merangkak, berjalan atau melakukan aktiviti lasak yang menimbulka­n geseran pada kaki. Manakala untuk tahap EB yang teruk, lepuhan air terjadi pada seluruh badan, sama ada secara spontan atau hanya dengan trauma yang sangat minimum. Lepuhan air berkenaan boleh juga berlaku pada organ dalaman seperti esofagus, perut dan saluran pernafasan, di mana seterusnya membuahkan pelbagai komplikasi. Penyakit EB yang teruk boleh menyebabka­n kecacatan dan kematian sebelum melangkah usia 30 tahun, selain kematian pada peringkat bayi. Komplikasi EB termasuk jangitan kuman pada kulit, malnutrisi, anemia (kurang darah merah) serta peningkata­n risiko terkena kanser kulit.

Langkah Perlindung­an

Sakit ini tidak boleh sembuh sepenuhnya. Namun ada cara untuk melindungi kulit pesakit seperti penggunaan dressing special pada lepuhan kulit dan memecahkan lepuhan air dengan jarum yang steril. Trauma yang membuat keadaan kulit menjadi lebih teruk juga mesti dielakkan, seperti mengurangk­an geseran disebabkan oleh kain lampin dan sewaktu merangkak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.