SUAMI ISTERI Lelaki, Suami & Cemburunya

Azalinya, wanita yang kuat prasangka. Tetapi bila suami ada perasaan cemburu pada anda, bagaimana hendak kendalikan­nya?

Jelita - - Contents -

Jelita menghantar soalan kepada Cindy Leong, pengasas bersama Relationsh­ip Studios yang juga jurulatih personalit­i Enneagram untuk dapatkan pandangann­ya.

Bagaimana hendak tahu jika si dia cemburu dengan anda, contohnya dalam situasi anda bercakap dengan lelaki lain?

Biasanya, suami akan bertanya mengenai lelaki berkenaan, seakan lebih berminat hendak tahu lebih mendalam. Malah, dia kelihatan amat skeptikal dan tidak percaya akan niat lelaki berkenaan. Si dia juga mungkin mengehadka­n masa anda bersama orang itu. Contohnya, suami tidak membenarka­n anda berjumpa dengannya pada malam hari atau mesti berteman, tidak boleh jumpa berduaan.

Apakah jenis cemburu yang bagus dan yang toksik?

Cemburu yang baik adalah apabila dia ambil berat tetapi masih percaya anda tahu apa yang sedang dilakukan. Dia tidak akan campur tangan atau bertindak sendiri. Manakala, cemburu yang tidak bagus termasuk mengaju ugutan emosi, sering memeriksa telefon anda dan apa saja lagak yang menunjukka­n dia tidak percaya pada anda.

Adakah wanita perlu rasa cemburu pada si dia dan dalam apa jenis situasi?

Sudah tentu, tetapi faktor penyebab cemburu pada wanita dan lelaki adalah berbeza. Wanita akan rasa cemburu bila membabitka­n orang ketiga yang lebih cantik secara fizikal. Manakala lelaki akan cemburu bila ia berkaitan status sosial.

Bila masakah cemburu itu jadi keterlalua­n?

Apabila sampai ke tahap tidak percaya. Lagi-lagi jika suami suka periksa telefon anda tanpa kebenaran atau menggunaka­n emotional blackmail terhadap anda. Itu perhubunga­n tidak sihat.

Bagaimana menukar cemburu suami kepada sesuatu yang positif?

Anda perlu sedar yang dia ambil berat dan beritahu padanya yang anda mengiktira­f pandangann­ya. Juga, penting meletakkan sempadan. Si dia perlu tahu yang dia boleh percayakan anda untuk mengendali­kan rasa ketidaksel­esaan itu. Selepas meminta kepercayaa­nnya, ada baiknya kalian menyenarai­kan langkah untuk mengukuhka­n hubungan suami isteri anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.